web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Rentung, Lokasi Nahas Tidak Dikategorikan ‘Kawasan Hitam’ - MIROS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 9:00AM

Keadaan kereta Honda City yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan 2 treler di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semalam, genap seminggu kes kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Terowong Menora yang mengorbankan lima sahabat.

Biarpun pemandu treler yang didakwa mengakibatkan nahas terbabit sudah ditahan dan direman bagi membantu siasatan, kes itu masih diperkatakan masyarakat yang simpati terhadap nasib mangsa serta keluarga.

Mereka mempersoalkan apakah langkah susulan diambil pihak berkaitan bagi mengelakkan tragedi itu berulang dan siapa sebenarnya harus memikul peranan berkenaan.

Antara nama yang ‘dipetik’ sebagai pihak yang dianggap perlu bertanggungjawab adalah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Bagaimanapun, MIROS menerusi maklum balas berhubung kejadian itu kepada Getaran menjelaskan, berdasarkan maklumat diperoleh pihaknya dari PLUS Malaysia Berhad (PLUS), lokasi nahas itu tidak dikategorikan sebagai ‘kawasan hitam’, iaitu tempat sering berlaku kemalangan.

Ketua Pengarah MIROS, Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, kawasan kemalangan itu terletak kira-kira 15 kilometer (km) dari Terowong Menora.

Malah, katanya, melalui aktiviti pemeriksaan keselamatan jalan raya, kawasan berhampiran terowong itu dikenal pasti sebagai lokasi dengan ‘acceptable risk level’ atau tahap risiko boleh diterima, selain mendapat penarafan tiga bintang menerusi Laporan Pusat Kecemerlangan Program Penilaian Jalan Raya (iRAP).

“Melalui aktiviti rekonstruksi kemalangan secara mendalam dijalankan pihak MIROS sejak tahun 2007 ke atas kemalangan berprofil tinggi di sepanjang laluan PLUS, melalui kerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya berkenaan, pelbagai cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di laluan terbabit sudah dikemukakan pihak kami.

“Cadangan ini termasuk dari aspek menaiktaraf penghadang jalan, penambahbaikan papan tanda amaran, skim penenangan trafik dan lain-lain,” katanya kepada Getaran.

Ditanya mengenai laporan media bahawa kawasan tersebut masih tidak mempunyai pengawasan kamera litar tertutup (CCTV), Khairil Anwar berkata, berdasarkan maklumat diberikan PLUS, penetapan pemasangan alat itu di lokasi laluan syarikat konsesi berkenaan, dilaksanakan dengan mempertimbangkan beberapa perkara.

Pertimbangan itu, katanya, adalah seperti lokasi sering berlaku kesesakan, terutama di kawasan berbukit.

Namun, jelasnya, kawasan nahas terbabit tidak termasuk dalam kriteria tersebut.

“Pemasangan CCTV juga tertakluk kepada ketersediaan infrastruktur sokongan, seperti tenaga elektrik dan kekangan ruang sesuai.

“MIROS tidak terlibat berkaitan penetapan lokasi dan pemasangan CCTV di sepanjang laluan PLUS. Anda boleh rujuk perkara ini kepada PLUS dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, nahas yang turut membabitkan dua treler, masing-masing membawa besi dan mozek itu, menyebabkan kumpulan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) terbabit rentung, selepas kereta dinaiki mereka terbakar di lokasi berkenaan.

Ramai turut sedar ia bukan tragedi pertama seumpamanya di sekitar kawasan sama kerana banyak kemalangan ngeri dilaporkan sebelum ini.

Antara nahas yang pernah mendapat liputan meluas adalah kes lima sekeluarga rentung akibat dirempuh treler muatan bijih besi pada tahun 2018.

Dua tahun sebelumnya pula, empat individu rentung apabila kenderaan dinaiki dirempuh lori.

Itu belum dikira ‘lambakan’ kes pengguna berdepan kemalangan kecil dan hampir terbabit nahas jalan raya di kawasan sama.

Tinjauan Getaran di media sosial yang sering menjadi tempat netizen meluah cerita dan rasa mendapati, topik mengenai kemalangan di laluan berhampiran terowong itu menjadi isu hangat ketika ini.

Netizen menyifatkan laluan berhampiran terowong itu, sama ada dari arah utara atau selatan yang dipenuhi pengangkutan berat, sememangnya berbahaya dan ‘kawasan panas’ kerana sering mengakibatkan kemalangan tragis.

Pada masa sama, mereka menuntut penyelesaian segera diambil kerajaan dan pihak berkaitan bagi mengelak insiden serupa berulang, termasuk tidak membenarkan kenderaan perdagangan melalui laluan itu. - Getaran, 19 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas KP Miros Mengaku Tidak Bersalah Palsukan Dokumen

2

Semasa 3 tahun yang lalu

80.4 Peratus Pemandu Malaysia Mahu ‘Dash Cam’ Diwajibkan Dalam Kereta: MIROS

3

Refleksi 4 tahun yang lalu

Topi Keledar: Gadai Nyawa Anak Demi Kesenangan Diri

4

Semasa 5 tahun yang lalu

Maut Menanti, Henti Guna ‘Dummy Buckle’ - MIROS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad