Berita Terkini

11 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Topi Keledar: Gadai Nyawa Anak Demi Kesenangan Diri

Isu pemakaian topi keledar kanak-kanak kini kembali menjadi perhatian. Siri pertama artikel ini mengupas sikap mereka yang bagaikan sengaja mempertaruh nyawa anak.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 9:38PM

Gambar Hiasan, Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sanggup pertaruh nyawa anak.

Bagaikan lupa malang tidak berbau, ramai ibu bapa dan penjaga dilihat masih mengentengkan pemakaian topi keledar kepada si anak ketika membonceng motosikal, merisikokan mereka kepada kecederaan dan, lebih tragis, kehilangan nyawa sekiranya berlaku kemalangan. 

Suasana ini amat ketara di kawasan sekolah dengan kebanyakan kanak-kanak terbabit dipakaikan topi keledar “asal boleh” dan “janji ada”, iaitu sama ada topi keledar orang dewasa atau topi keledar mainan. Ini belum lagi diambil kira peranti yang tidak ada cap jaminan keselamatan SIRIM. 

Malah, ada yang lebih berani apabila langsung tidak memakaikan topi keledar kepada si anak - seolah-olah kepala si anak itu kebal - ketika menghantar dan menjemput mereka di sekolah seperti yang dilihat oleh Bernama di tiga lokasi berkepadatan tinggi di Lembah Klang.

Tinjauan dari 12 hingga 12.45 tengah hari di beberapa buah sekolah itu mendapati lebih 300 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun langsung tidak dipakaikan topi keledar ketika membonceng motosikal, mencerminkan kealpaan ibu bapa dan penjaga dalam menjamin keselamatan anak mereka. 

Trend membimbangkan ini sebenarnya bukan hanya dapat dilihat di Lembah Klang, tetapi boleh dikatakan hampir di semua sekolah di seluruh negara.

Gambar Hiasan, Azim Rahman
Gambar Hiasan, Azim Rahman

 

 ALASAN “MAHU CEPAT” DAN “DEKAT DENGAN RUMAH”

Ingin cepat ke tempat kerja merupakan alasan utama yang sering diutarakan oleh ibu bapa dan penjaga sebagai rasional di sebalik tindakan mereka menggunakan motosikal ketika menghantar anak ke sekolah. 

Amir Pohat, 30, antara yang memilih menghantar anaknya ke sekolah menaiki motosikal yang diakuinya dilakukan atas faktor masa selain lebih mudah bergerak.

Mengaku melihat sendiri ramai ibu bapa tidak memakaikan topi keledar kepada si anak,  guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor itu berkata dia tidak pernah mengabaikan keselamatan anaknya yang sentiasa dipakaikan topi keledar ketika membonceng.

“Saya memang pakaikan anak helmet, cuma saya tidak pasti saiz helmet yang anak saya guna ini sesuai atau tidak dengan ukuran kepalanya,” kata kepada Bernama.

Pada masa sama, dia tidak menolak kemungkinan ketiadaan saiz yang sesuai untuk anak sebagai antara faktor sesetengah ibu bapa  tidak memakaikan anak mereka topi keledar.  

Suri rumah Nor Hidayah Yusof, 38, pula menyatakan alasan “dekat saja” sebagai punca ibu bapa bertindak demikian. 

Mengambil contoh kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Semarak, wanita itu berkata majoriti ibu bapa yang menetap di situ tidak begitu ambil kisah tentang penggunaan topi keledar kanak-kanak kerana jarak sekolah yang dekat dengan rumah mereka, iaitu kira-kira 450 meter.

Mereka anggap tidak mungkin kemalangan boleh berlaku sekalipun bermotosikal tanpa topi keledar dalam jarak sedekat itu.

 

KAWASAN KEDIAMAN, TIDAK SELAMAT 

“Kebanyakan penduduk di sini jadikan ‘dekat’ sebagai alasan bersikap sambil lewa terhadap keselamatan anak-anak mereka sedangkan kemalangan  boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja apabila kita culas mengenainya. 

“Saya sendiri tengok pun risau sebab keadaan jalan di sini agak bahaya, sibuk kerana petempatan PPR ini padat penghuni. Selain itu, kenderaan berat juga sentiasa keluar masuk kerana ada projek pembinaan tidak jauh dari simpang sekolah,” kongsinya.

Dia yang menghantar anaknya ke sekolah menaiki kereta amat berharap pihak berwajib memperbanyak program kesedaran untuk ibu bapa di kawasan berkenaan kerana melihat situasi "kanak-kanak tidak berhelmet” semakin serius.  

“Saya tidak tahu jika pernah berlaku kes kemalangan, namun lebih baik situasi ini dibendung daripada menunggu sehingga ada kes mati baru semua hendak buka mata,” ujarnya.

Hakikatnya, isu tidak dipakaikan topi keledar atau menggunakan helmet  “asal ada” adalah sangat kritikal, terutama di kawasan luar bandar, kata pakar keselamatan jalan raya Prof Dr Kulanthayan KC Mani. 

Katanya, kajian beliau pada 2020 bertajuk 'Determinants of Standards Motorcycle Safety Helmet Usage Among Child Pillion Riders’ yang melibatkan 200 penunggang dewasa dengan pembonceng berusia enam hingga 12 tahun, mendapati hanya tiga peratus menggunakan topi keledar patuh piawaian. 

"Penemuan kajian ini sangat menyedihkan memandangkan pemakaian topi keledar dalam kalangan kanak-kanak mengikut piawaian tidak pun mencecah 10 peratus, manakala 37 peratus menggunakan topi keledar dewasa, 36 peratus topi keledar mainan dan 24 peratus langsung tidak memakai topi keledar,” katanya. 

Menurut beliau, hal ini berpunca daripada persepsi pengguna jalan raya yang beranggapan kemalangan lebih banyak berlaku di jalan besar dan jalan utama berbanding jalan kecil dan kawasan perumahan. 

Gambar Hiasan, Bernama
Gambar Hiasan, Bernama

 

RISIKO KECEDERAAN TINGGI 

Selain itu, trend membimbangkan ini juga berleluasa kerana ramai beranggapan penguatkuasaan hanya bertumpu di jalan besar serta di bandar.

Walhal, kata Kulanathayan yang juga pensyarah di Jabatan Kesihatan Komuniti,  Universiti Putra Malaysia (UPM),  beberapa kajian sebelum ini membuktikan kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun membabitkan jarak dekat dan kawasan perumahan.

“Kita bimbang kerana risiko anak-anak ini mendapat kecederaan di kepala adalah tinggi.  Ini kerana kemalangan yang berlaku semasa kelajuan tinggi akan menyebabkan berlaku perpindahan tenaga kepada pembonceng, selain impak lebih teruk apabila mereka jatuh ke atas permukaan yang keras,” katanya.  

Kajian kawasan kediaman bukan kawasan selamat bagi kanak-kanak pernah dilakukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pada 2008 yang mendapati kemalangan melibatkan kanak-kanak di kawasan perumahan agak membimbangkan.

Statistik MIROS pada 2008 menunjukkan 75 orang kanak-kanak berusia bawah 15 tahun maut dan 192 lagi mengalami kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya di kawasan kediaman.

Mengulas data itu, Kulanthayan berkata sekalipun bukan maklumat terkini, statistik berkenaan menegaskan isu kegagalan mematuhi pemakaian topi keledar kanak-kanak tidak boleh dibiarkan berterusan.

 

HARGAI NYAWA ANAK

“Statistik pada 2019 menunjukkan daripada 6,167 kematian akibat kemalangan jalan raya, sebanyak 1,000 kes melibatkan kanak-kanak, sedangkan insiden ini boleh dielak. Satu daripada cara ialah dengan menggunakan helmet yang diperakui SIRIM,” katanya. 

Laporan Perangkaan Kemalangan Jalan Raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 menunjukkan pada tahun itu sebanyak 78 kematian pembonceng motosikal berusia bawah 16 tahun dan 92 orang yang berumur 16 hingga 20 tahun dicatatkan.

Bagi kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah kepada pembonceng pada peringkat umur bawah 16 tahun pula ialah 116 kes dan 65 kes lagi bagi peringkat umur 16 hingga 20 tahun.

Kulanthayan juga Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, berkata isu kegagalan ibu bapa dalam pematuhan pemakaian topi keledar  kanak-kanak bukan disebabkan kurang kesedaran semata-mata tetapi juga dipengaruhi  oleh beberapa cabaran lain. 

Antaranya isu ketiadaan ‘storage’ atau tempat penyimpanan barang pada motosikal, sekali gus membuatkan ada ibu bapa atau penjaga yang malas untuk memakaikan topi keledar buat anak mereka kerana ada yang terus ke tempat kerja selepas menghantar anak ke sekolah. 

“Malas, kurang kesedaran atau alasan dekat, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Adakah kita mahu menggadaikan nyawa anak hanya semata-mata disebabkan alasan itu dan akhirnya menyesal di kemudian hari?” soal beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

3

Pendidikan 1 minggu yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Dekat Selekoh Pun Nak Memotong

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 15 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki