Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dasar Kerajaan Keluarga Malaysia Mengagumkan Tapi Perlu Tempoh Untuk Direalisasi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 8:34PM

Grafik ihsan Ilham Centre

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya dalam tempoh kurang setahun setengah mentadbir negara, prestasi kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifat mengagumkan dan menerima pujian dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang di negara ini.

Kajian dilakukan Ilham Centre terhadap 1,211 responden di seluruh negeri di Semenanjung selama tiga minggu bermula 20 Oktober hingga 6 November lalu mendapati, 77. 9 peratus rakyat bersetuju konsep Keluarga Malaysia amat baik dalam menjaga keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

Sebanyak 59.5 peratus responden mengakui bahawa inisiatif, bantuan dan dasar Keluarga Malaysia telah memberi manfaat kepada mereka dan juga ahli keluarga.

Malah kira-kira 49.9 peratus pula menyatakan kerajaan pimpinan Ismail Sabri mempunyai misi jelas dalam mengutamakan kebajikan rakyat.

Ini dizahirkan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang membawa manfaat secara bersasar dan komprehensif bagi meringankan beban rakyat.

Bagaimanapun hanya 46.4 peratus rakyat bersetuju usaha kerajaan melalui Pasukan Jihad Tangani Inflasi mampu membendung kenaikan harga barangan.

Data tersebut menunjukkan kerajaan masih berada di peringkat awal dan sedang mengatasi isu harga barangan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Secara umumnya, rakyat menerima idea dasar Keluarga Malaysia sebagai wadah perpaduan dengan 75.8 peratus bersetuju semangat Keluarga Malaysia mampu mengekalkan keamanan dan kerukunan.

Malah 58.5 peratus bersetuju bahawa Keluarga Malaysia juga mampu mencegah perpecahan rusuhan kaum di Malaysia.

Ini menunjukkan secara asasnya, rakyat menerima polisi dan dasar kerajaan yang baik dalam konteks menjaga keharmonian kaum, bersesuaian dengan kemajmukan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, sebanyak 82.5 peratus rakyat pula bersetuju program Jamin Kerja dan Diskaun Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) diteruskan.

Data tersebut menunjukkan, perkara melibatkan pemberian one-off, subsidi atau potongan harga saman dan bantuan kerajaan amat dialu-alukan rakyat kerana ia dapat meringankan beban kos sara hidup.

Bagaimanapun hanya 30 peratus rakyat pernah menghadiri Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia secara fizikal, berkemungkinan besar kerana faktor lokasi penganjuran yang hanya bertumpu di kawasan utama.

Data itu juga menunjukkan bahawa program Aspirasi Keluarga Malaysia harus diteruskan dan diperluas ke peringkat akar umbi.

Sementara itu, drama perebutan teraju kuasa menyebabkan rakyat sangat letih dengan situasi politik negara.

Ia dapat dilihat dengan peratusan rendah rakyat keluar mengundi dalam dua siri Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebelum ini.

Namun kehadiran ‘watak’ Ismail Sabri yang tidak membawa pendekatan jalur keras, kurang kontroversi serta menghargai peranan parti pembangkang berjaya meredakan suhu politik di negara ini.

Maka, apabila Dasar Keluarga Malaysia diperkenalkan, majoriti rakyat menerimanya dengan baik.

Malah kajian yang dilakukan selepas Parlimen dibubarkan ini juga menunjukkan majoriti kaum Melayu, masyarakat luar bandar dan pedalaman menerima pelaksanaan dasar tersebut untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan tepat.

Ternyata, dasar Kerajaan Keluarga Malaysia adalah baik tetapi ia memerlukan tempoh lebih panjang untuk direalisasikan.

Ismail Sabri memerlukan satu penggal penuh jika ingin menjayakan lagi idea tersebut selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Hakikatnya, pencapaian beliau selama 13 bulan tetap harus dipuji kerana pimpinannya membuahkan hasil.

Beliau juga berjaya membina asas bagi meletakkan semula negara pada landasan yang betul dan perlu bersedia menghadapi gelombang kesuraman ekonomi pada masa hadapan. - Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jika Benar Usul Diterima RoS, Tunjuk Surat Sebagai Bukti - Ismail Sabri

2

Politik 1 tahun yang lalu

Ismail Sabri Kekal Ketua UMNO Bahagian Bera

3

Politik 1 tahun yang lalu

Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Ismail, Adil Ketika Jadi PM

4

Politik 1 tahun yang lalu

Proses Memecat, Menggantung Pemimpin UMNO ‘Cacat’ - Ismail Sabri

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 8 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Politik 1 hari yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu