web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Kekal Ketua UMNO Bahagian Bera

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 1:51PM

Ismail Sabri kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera untuk penggal 2023 hingga 2026. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera pada pemilihan parti kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera mengucapkan terima kasih kepada ahli UMNO di Bera kerana tidak menandingi jawatan tersebut untuk penggal 2023 hingga 2026.

“Saya mengucapkan terima kasih kerana tiada pertandingan untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, Parlimen Bera juga menyaksikan tiada pertandingan untuk jawatan Naib Ketua Bahagian dan beberapa jawatan lain.

“Tiada pertandingan untuk Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian. Tiada pertandingan untuk Ketua dan Naib Ketua Pemuda Bahagian. Tiada pertandingan untuk Naib Ketua Puteri Bahagian.

“Saya juga ingin mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon bertanding,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri mengingatkan bahawa semua calon di Bera dan seluruh negara untuk bertanding dalam suasana penuh kekeluargaan.

Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Naib Presiden UMNO sebelum ini, mengumumkan untuk tidak bertanding mempertahankan jawatan tersebut.

Dua penyandang jawatan berkenaan, iaitu Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan mantan Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid disahkan bertanding mempertahankan jawatan tersebut.

Kedua-dua mereka bakal berdepan saingan enam tokoh, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut bertanding, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaludin. - Getaran, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad