web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH Dijangka Terus Kuasai KKB - Ilham Centre

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 8:41PM

Calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao bagi PRK Kuala Kubu Baharu. – Gambar fail BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) dijangka meneruskan kecemerlangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) esok.

Kajian oleh Ilham Centre mendapati, PH memiliki kelebihan berbanding Perikatan Nasional (PN) dalam beberapa isu.

“PH yang diwakili DAP mempunyai sedikit kelebihan untuk meneruskan penguasaan di KKB,” kata kajian itu.

Menurut kajian itu, peratusan keluar mengundi boleh menjadi lebih rendah berbanding enam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu.

“Walaupun kempen dan suasana PRN di enam negeri itu lebih hangat, ia hanya merekodkan 69.25 peratus keluar mengundi.

“Justeru, jentera parti berdepan tugas berat untuk menggalak dan menggerakkan seberapa ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kajian juga mendapati peratusan keluar mengundi dijangka lebih rendah berbanding PRN pada Ogos kerana majoriti pemilih berada di luar kawasan dan tidak pulang mengundi.

“Faktor cuaca juga menjadi penentu untuk peratus keluar mengundi”.

Kajian sama mendedahkan, naratif perkauman yang dibawa parti membantu mempengaruhi pilihan pengundi.

“PRK ini sekali lagi menentukan momentum identiti politik seperti yang ditunjukkan dengan penuh signifikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan enam PRN tersebut.

“Walaupun ada pelbagai isu timbul sepanjang tempoh berkempen seperti kenaikan kos sara hidup, peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur, kecenderungan mengundi masih bersandarkan kepada polarisasi kaum.

“Majoriti pengundi Melayu menunjukkan sokongan kepada PN walaupun pada masa sama mereka memuji pencapaian kerajaan Selangor (74 peratus), pencapaian Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (70.8 peratus) dan pencapaian mendiang Lee Kee Hiong (63 peratus),” katanya.

Kajian Ilham Centre itu juga mendapati PAS tidak begitu agresif berkempen manakala UMNO sudah mula memperoleh rentak.

PAS juga tidak menggerakkan jentera mereka dengan sempurna. - Getaran, 10 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

2

Politik 1 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

3

Politik 2 bulan yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

4

Politik 2 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad