web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Dikecam Sekolah Di Johor Menggugurkan ‘Syarat’ Pengasingan Sukan Mengikut Kaum

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 4:39PM

Gambar notis yang telah mengundang kemarahan ibu bapa serta pengguna media sosial. - Gambar dari Facebook Thiru Selvaam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tekanan daripada beberapa pihak telah memaksa sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor untuk menukar polisi tidak sensitifnya yang mengasingkan aktiviti sukan pelajar mengikut kaum.

Tindakan SMK Dato’ Bentara Luar menyebabkan kemarahan rakyat Malaysia selepas ia mengeluarkan notis pendaftaran aktiviti kokurikulum pelajar Tingkatan 1 yang telah di muat naik ke media sosial oleh ibu bapa yang tidak berpuas hati.

Mengikut notis asal yang telah dikongsikan kepada ibu bapa, pelajar hanya boleh memilih untuk menyertai kelab sukan tertentu mengikut kaum mereka.

Contohnya kelab bola sepak dan sepak takraw hanya boleh disertai oleh pelajar lelaki berbangsa Melayu, manakala kelab bola jaring di hadkan penyertaan kepada pelajar perempuan Melayu sahaja.

Kelab bola keranjang dan ping pong pula, hanya boleh disertai oleh pelajar Cina, manakala hanya pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut boleh menyertai kelab hoki.

Sukan-sukan lain seperti bola baling, chess, petanque, bola tampar, boling terbuka kepada semua kaum.

Pengetua sekolah tersebut, Abdul Razak Hamid, dilaporkan berkata semalam “syarat-syarat” yang dikenakan perlu kerana kekurangan kemudahan sukan buat pelajar-pelajar.

“Kami sekolah hoki, jadi padang yang sedia ada harus digunakan untuk sukan tersebut, jadi tiada padang lain yang boleh digunakan untuk sukan-sukan lain. Jadi kami harus membuat syarat-syarat seperti itu untuk menarik pelajar-pelajar Melayu yang tidak berminat dalam sukan untuk menyertai kelab-kelab lain,” beliau dipetik berkata kepada Free Malaysia Today.

Pengguna media sosial dengan pantas mengecam sekolah tersebut atas polisi stereo tipikal, dengan kata-kata marah seperti “bodoh”, “menjijikkan”, “tidak boleh diterima”, “tidak boleh dipercayai”, dan “rasis” digunakan untuk memerihalkan langkah tersebut.

Selepas kecaman diterima, sekolah tersebut mengemaskini senarai tersebut dengan membuang syarat pengasingan mengikut kaum tersebut.

Pengerusi Persatuan Transformasi Pendidikan India Malaysia, Elangovan Annamalai, bila dihubungi, berkata yang pemisahan antara kaum yang dilakukan sekolah itu tidak sepatutnya berlaku, dan memanggil Kementerian Pendidikan untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang meluluskan polisi asal.

“Sukan sepatutnya menjadi satu platform untuk menyemai keharmonian dan perpaduan di antara kaum.

“Pelajar dengan latar belakang berbeza sudah lama beriadah bersama. Tidak pernah timbul isu pun sebelum ini. Sebenarnya sukan merapatkan silaturahim antara kita semua,” katanya kepada The Vibes.

Elangovan berkata mengasingkan sukan mengikut kaum boleh menyebabkan bakat yang patut diketengahkan daripada kaum lain tidak dihiraukan.

“Siapa yang boleh lupakan Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun, dan Datuk Arumugam Rengasamy yang bermain di samping Datuk Mokhtar Dahari semasa era terhebat bola sepak negara ini.

“Mereka bukan dari bangsa Melayu tapi lihatlah apa sumbangan mereka kepada negara,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Biro Wanita Muda Parti Keadilan Rakyat Terengganu Yuslaini Azmi berkata yang pengasingan aktiviti sukan mengikut kaum di sekolah akan menghalang usaha membina perpaduan nasional.

Yuslaini Azmi - Gambar dari Facebook Hamzura Hamzah
Yuslaini Azmi - Gambar dari Facebook Hamzura Hamzah

Beliau menyatakan kebimbangan yang jika perkara ini berlanjutan di masa hadapan, ia akan mewujudkan monopoli kaum dalam sesetengah sukan, walaupun “sukan adalah untuk semua”.

“Saya memanggil Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan untuk menyiasat bagaimana perkara ini boleh berlaku.

“Benarkan sekolah tersebut kekurangan kemudahan? Jika begitu tidak adil untuk menyalahkan sekolah tersebut sahaja.

“Apakah langkah terbaik yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini? Saya merasakan waktu sekarang ini adalah terbaik untuk memperkasakan perpaduan kaum dan mari kita ingat sukan adalah untuk semua,” katanya. - Getaran, 17 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad