web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Demam Denggi Menurun 9.5 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 11:16AM

Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-43 Tahun 2022 (ME-43/22) menurun 154 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-43 Tahun 2022 (ME-43/22) menurun 154 kes atau 9.5 peratus kepada 1,460 kes berbanding 1,614 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata empat kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada ME 43/22.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 49,569 kes berbanding 21,707 kes bagi tempoh sama pada 2021 iaitu peningkatan sebanyak 27,862 kes (128.4 peratus)”, katanya.

Dr Noor Hisham berkata 33 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 16 kematian bagi tempoh yang sama pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 13 kematian atau 81.3 peratus.

Mengenai lokaliti hotspot, beliau berkata terdapat peningkatan lima lokaliti kepada 56 lokaliti berbanding 51 lokaliti pada minggu sebelumnya.

Menurut Dr Noor Hisham, dari jumlah lokaliti itu, 35 berada di Selangor, Sabah (15), Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat) dan masing-masing satu lokaliti hotspot di Negeri Sembilan serta Melaka.

“Memusnahkan tempat potensi pembiakan nyamuk Aedes melalui aktiviti Cari dan Musnah adalah langkah terbaik untuk memastikan rantaian jangkitan demam denggi dapat diputuskan,” katanya menambah setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab memastikan kawasan persekitaran kediaman adalah bebas daripada bekas berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes.

Mengenai chikungunya, Dr Noor Hisham berkata survelan merekodkan satu kes pada minggu ME 43/22 di Selangor.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 670 kes,” katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat negara ini untuk meningkatkan tahap waspada bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes serta demam denggi, chikungunya dan zika. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Meningkat, Tapi Tiada Kematian Dilaporkan - Dr Muhammad Radzi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Keluar 3,188 Kompaun, Cegah Dan Kawal Demam Denggi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Meningkat 7.7 Peratus, 2 Kematian Dilaporkan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangkitan Denggi Menurun, 3 Kematian Direkodkan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar