web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Keluar 3,188 Kompaun, Cegah Dan Kawal Demam Denggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 7:29PM

Sebanyak 536 kes melibatkan kesalahan berkaitan demam denggi telah didaftar untuk tindakan mahkamah - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 3, 188 tawaran kompaun bernilai RM1,594,000 telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, melibatkan nilai purata RM500 setiap satu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kesemua kompaun berkenaan dikeluarkan menerusi penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan demam denggi.

Menurut beliau, 536 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan pada masa sama, 93 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM353,280.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.

“Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
(PPKHT) 2004 pula, 9,230 notis kesalahan dikeluarkan hasil lawatan ke atas 22,204 premis,” katanya.

Jelas Dr Muhammad Radzi,  4,884 kompaun telah ditawarkan dengan nilai tawaran berjumlah RM1,203,000.00.

“Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 7,030 premis makanan telah diperiksa. 

“Jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 adalah 222 premis iaitu 3.16 peratus daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa,” katanya.

Tegas beliau, penutupan sementara premis makanan dikuatkuasakan KKM adalah sebagai menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.

“Adalah dimaklumkan bahawa, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh KKM. 

Orang ramai dan semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap yang optimum,” katanya. - Getaran, 20 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan