web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Denggi Meningkat 7.7 Peratus, 2 Kematian Dilaporkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 12:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Jumlah kes demam denggi meningkat 7.7 peratus kepada 2,808 kes pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) iaitu bagi tempoh 11 hingga 17 Jun berbanding 2,608 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada ME24.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME24 meningkat 149.6 peratus kepada 54,139 kes berbanding 21,688 kes kes bagi tempoh sama pada 2022. 

“Sejumlah 39 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 15 kematian bagi tempoh sama pada 2022,” katanya. 

Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot kes demam denggi pada ME24 meningkat kepada 110 lokaliti berbanding 95 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Lokaliti hotspot tersebut adalah 84 lokaliti di Selangor, 14 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing empat di Kedah dan Pulau Pinang, tiga di Sabah serta satu di Perlis.

Mengenai survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata dua kes chikungunya direkodkan pada ME24 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 137 kes.

Beliau berkata bagi survelan zika pula, sebanyak 1,381 sampel darah dan 69 sampel urin dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.

“Pemantauan di Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan mendapati jumlah kes demam denggi adalah tinggi dan berpotensi untuk terus meningkat jika tiada tindakan pencegahan dilakukan oleh semua pihak termasuk masyarakat.

“Sebagai langkah proaktif, periksa setiap bekas di dalam dan luar rumah serta pastikan tiada takungan air untuk nyamuk Aedes membiak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Catatkan Peningkatan Untuk Minggu Epidemiologi 05 - KP Kesihatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Meningkat, Tapi Tiada Kematian Dilaporkan - Dr Muhammad Radzi

4

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad