web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan Denggi Menurun, 3 Kematian Direkodkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 1:36PM

Sejumlah 2,455 kes dilaporkan berbanding 2,638 pada minggu sebelumnya. - Gambar hiasan pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Jumlah jangkitan denggi di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 6.9 peratus atau 183 kes untuk Minggu Epidemiologi ke-22, bermula 28 Mei hingga 3 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan bagaimanapun berkata, tiga kematian akibat komplikasi denggi direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut beliau, sejumlah 2,455 kes dilaporkan berbanding 2,638 pada minggu sebelumnya.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-22 adalah sebanyak 48,712 berbanding 18,883 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 29,829 (158.0 peratus). 

“Sejumlah 34 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 12 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022,” katanya hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata, bilangan lokaliti hotspot pada minggu ini turut meningkat apabila sejumlah 82 lokaliti hotspot dilaporkan, berbanding 72 lokaliti sebelumnya.

“Daripada jumlah itu, 62 lokaliti berada di Selangor, sembilan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya (lima), Sabah (4) serta masing-masing satu di Kedah dan Perak.

“Bagi survelan chikungunya, satu kes dari Selangor telah direkodkan untuk Minggu Epidemiologi ke-22, menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini mencecah 135,” katanya.

Beliau memberitahu, sebanyak 1,163 sampel darah dan 57 sampel urin telah dijalankan untuk survelan zika, dengan semua keputusan disahkan negatif.

“Analisa kematian akibat komplikasi denggi bagi tempoh tiga tahun iaitu 2020 hingga 2022 mendapati, sebahagian besar pesakit mengalami penyakit kronik seperti darah tinggi/ hipertensi (27 peratus), kencing manis/ diabetes (23 peratus), obesiti (23 peratus), hiperlipidemia (l8 peratus), penyakit jantung (7 peratus) dan penyakit buah pinggang (6 peratus).

“Ini menunjukkan pesakit denggi dengan penyakit kronik lebih cenderung kepada komplikasi serius dan kematian,” katanya.

Atas faktor ini jelas Dr Muhammad Radzi, gejala awal demam denggi seperti demam tinggi secara mengejut disertai sakit belakang mata, sakit kepala, sakit sendi/ otot dan pening tidak boleh dipandang ringan, khususnya pada pesakit dengan penyakit kronik. 

“Dapatkan rawatan awal di fasiliti kesihatan terdekat kerana denggi dapat mengancam nyawa.

“Selain itu, pastikan tiada bekas berpotensi pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar rumah. Lakukan gotong-royong serta aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai juga boleh meletak bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas yang menakung air, serta menggunakan repelan sekiranya keluar pada waktu puncak gigitan nyamuk iaitu antara jam 5 hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam. 

“Mencegah gigitan lebih mudah berbanding mengubati. 

“Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Denggi: Simptom Serius Boleh Membawa Maut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Catatkan Peningkatan Untuk Minggu Epidemiologi 05 - KP Kesihatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Meningkat Pada ME03, Tiada Kematian Direkodkan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad