web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambulans KKM Terbalik Lagi, Kelindan Lori Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 1:46PM

Pelanggaran dengan sebuah lori 1 tan menyebabkan ambulans tersebut terbalik.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Buat kali kedua dalam tempoh seminggu, sebuah lagi ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membawa pesakit COVID-19, terbalik akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya di daerah ini, semalam.

Kejadian yang berlaku di kilometer 52.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara itu, turut menyebabkan kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan ambulans tersebut, meninggal dunia meskipun sempat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dekat sini bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila ambulans tersebut terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori 1 tan yang dinaiki dua lelaki berusia 50an.

“Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan melanggar besi penghadang dan masuk ke laluan bertentangan.

“Kelindan lori tersebut, Ahmad Kamal Abu Bakar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala pemandunya, Kamaruzaman Abdul Latif tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sebelum ini iaitu pada 9 April lalu, sebuah ambulans KKM terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Langgar, berdekatan Plaza Tol Alor Setar Utara dekat sini.

Kemalangan minggu lalu melibatkan empat petugas KKM dan seorang pesakit wanita berusia 70an yang disyaki positif COVID-19.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 4.20 petang dan tiba ke lokasi 13 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati pesakit COVID-19 berkenaan telah diasingkan ke kawasan selamat dan tiada mangsa yang tersepit,” katanya.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Fikri Ujang dalam pada itu memaklumkan, kejadian berlaku ketika ambulans tersebut dalam perjalanan dari Sungai Petani menuju ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini.

“Pesakit itu dibawa dalam ambulans berkenaan bagi dirujuk ke HSB kerana COVID-19.

“Kesemua yang terlibat kemudiannya dibawa ke HSB oleh ambulans lain untuk mendapatkan rawatan,” katanya.-  Getaran, 17 April 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad