web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seorang Rentung Kemalangan Di Lebuhraya Guthrie

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 9:07AM

Anggota bomba memadam kenderan Mazda yang terbakar di kilometer 3.6 Lebuhraya Guthrie awal pagi tadi. - Gambar ihsan bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang pemandu Mazda berwarna merah ditemukan rentung dipercayai selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di sebelah kiri penghadang jalan di kilometer 3.6 Lebuhraya Guthrie dari Shah Alam sebelum tol Bukit Jelutong, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mangsa yang identitinya masih belum dapat dikenal pasti itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana turut terbakar bersama kenderaan dipandu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan sebab kematian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Iqbal turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazan Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.15 pagi dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

Katanya, setiba di tempat kejadian pihaknya mendapati sebuah kereta jenis Mazda yang tidak diketahui nombor pendaftaran telah terbakar 100 peratus akibat kemalangan.

“Terdapat seorang mangsa ditemukan rentung di dalam kereta tersebut dan mayat yang tidak diketahui identiti serta jantina itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad