web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guan Dee Dilantik Timbalan Menteri Persekutuan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 3:54PM

Guan Dee Koh Hoi mengangkat sumpah jawatan Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Sumpah Simpan Rahsia Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi hari ini mengangkat sumpah jawatan Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Guan Dee yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengangkat sumpah jawatan itu pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Sumpah Simpan Rahsia di Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini.

Turut menyaksikan istiadat berkenaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Sementara itu, Guan Dee ketika ditemui selepas istiadat tersebut mengesahkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberikan peluang ini kepada parti STAR untuk menyertai Kabinet (pentadbiran) Persekutuan,” katanya. 

Guan Dee turut melahirkan aspirasi untuk meningkatkan semula sektor pelancongan iaitu antara sektor terkesan akibat COVID-19.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Guan Dee sebagai Timbalan Menteri Persekutuan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.

Beliau dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Seri Dr Jeffry G Kitingan yang telah meletakkan jawatan selepas mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 29 Sept 2020. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar