web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebanyakan Tambang Penerbangan Berkurang Bagi Tempoh PRU-15 - MAVCOM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 8:15PM

Berdasarkan semakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), purata tambang penerbangan domestik sehala merentasi semua syarikat penerbangan bagi laluan udara di Semenanjung ialah RM185 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mendapati kebanyakan tambang penerbangan melibatkan tempoh perjalanan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah berkurang selepas berlaku lonjakan pada awalnya berikutan pengumuman tarikh PRU.

Dalam kenyataan hari ini, katanya ia telah melengkapkan semakan tambang penerbangan domestik yang akan beroperasi pada 16-20 November 2022 (tarikh perjalanan penerbangan PRU-15) sempena hari pengundian bagi PRU-15 pada 19 November, katanya.

Berdasarkan semakan suruhanjaya, purata tambang penerbangan domestik sehala merentasi semua syarikat penerbangan bagi laluan udara di Semenanjung ialah RM185, katanya.

Menurut kenyataan itu, purata tambang penerbangan bagi laluan udara dalam Malaysia Timur pula sebanyak RM188, manakala RM296 bagi laluan udara antara Semenanjung dan Malaysia Timur.

Bagaimanapun, analisis MAVCOM turut menunjukkan terdapat beberapa laluan udara sehala mengenakan tambang melebihi harga purata.

Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan menggesa syarikat penerbangan untuk menambah lebih banyak kapasiti di laluan tersebut memandangkan permintaan yang tinggi semasa PRU-15.

MAVCOM memaklumkan, ia turut meminta syarikat penerbangan untuk menambah kapasiti bagi laluan yang beroperasi semasa tempoh tarikh perjalanan penerbangan PRU-15 bagi memastikan penerbangan yang mencukupi ke pelbagai destinasi domestik dengan harga yang berpatutan.

“Sebagai pengawal selia ekonomi dan komersial bagi industri penerbangan, MAVCOM komited untuk meluluskan semua permohonan laluan untuk PRU15 dalam melaksanakan mandat yang telah diberikan kepada suruhanjaya demi kepentingan negara,” katanya.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata syarikat penerbangan telah memperkenalkan promosi dan melancarkan diskaun tambang penerbangan untuk memudahkan pengguna.  

“Malah, terdapat skim diskaun sedia ada yang ditawarkan syarikat penerbangan untuk pelajar, dan langkah ini dapat membantu pengundi muda untuk keluar mengundi,” katanya.

Beliau berkata industri penerbangan telah menunjukkan sokongan bagi memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab tanpa terkesan dengan tambang penerbangan yang tinggi.

“Bagaimanapun, banyak lagi yang boleh ditambah baik dan syarikat penerbangan perlu memainkan peranan masing-masing untuk negara dalam tempoh kritikal ini,” katanya.

Berdasarkan data yang dikemukakan kepada MAVCOM, semua syarikat penerbangan tempatan telah bercadang menambah penerbangan bersempena PRU-15 mulai bulan depan dengan memanfaatkan sumber sedia ada.

“Penerbangan tambahan itu termasuk 45 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke lokasi terpilih di Semenanjung. Bagi penerbangan dari Subang, 30 penerbangan tambahan telah dirancang ke destinasi terpilih di Semenanjung.

“Selain itu, 68 penerbangan tambahan telah dirancang untuk penerbangan antara Semenanjung dan Malaysia Timur. Malah, Malaysia Airlines turut berhasrat meningkatkan kapasiti ke destinasi utama di Semenanjung dan Malaysia Timur menggunakan pesawat Airbus A330 berbadan lebar,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad