web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Perempuan Didakwa Sebabkan Kematian Adik Lelaki Tanpa Niat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 3:18PM

Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini hari ini terhadap pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat adik lelakinya, minggu lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini hari ini terhadap pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat adik lelakinya, minggu lepas.

Remaja berusia 17 tahun 11 bulan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Zhuhainie Zull Kafli.

Anak sulung daripada lima adik-beradik itu didakwa menyebabkan kematian tanpa niat adik lelakinya berusia 16 tahun, di sebuah rumah di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di sini, kira-kira 1.50 tengah hari, 19 Okt.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman yang mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos berkata pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang mewakili remaja tersebut Abd Rahim Ali, Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nur Zafirah Norizan, memohon agar jumlah jaminan itu dikurangkan atas alasan tertuduh adalah kanak-kanak.

“Selain itu, kita juga mengambil kira pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM),” kata Abd Rahim ketika ditemui di luar mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap sebulan sekali.

Difahamkan, bapa remaja berkenaan membayar jaminan tersebut.

Mahkamah menetapkan 5 Disember untuk sebutan semula kes.

Pada 19 Oktober lepas, media melaporkan seorang remaja perempuan membaling pisau ke arah adik lelakinya sehingga menyebabkan remaja lelaki itu meninggal dunia.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian si adik disebabkan tusukan hujung pisau pemotong sayur yang terkena pada saluran darah utama (arteri) di bahagian kanan lehernya sekali gus menyebabkan pendarahan yang banyak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad