web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Qari Bahrain, Qariah Malaysia Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 7:00AM

Johan Qari dari Bahrain Mohamed Sameer (kiri) dan Johan Qariah dari Malaysia Sofizah bergambar pada selepas Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Qari Bahrain Mohamed Sameer Mohamed Magahed dan qariah Malaysia Sofizah Mousin, masing-masing diumum johan tilawah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62, malam tadi.

Pada majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, Mohamed Sameer memperoleh markah 93.33 peratus manakala Sofizah meraih 89.66 peratus, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai dan piala.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan hadiah kategori qari manakala kategori qariah dikurniakan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sementara itu, wakil Malaysia Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan muncul naib johan qari dengan markah 88.83 peratus manakala tempat ketiga dimenangi qari Indonesia Muhammad Rizqon (88.34 peratus), masing-masing turut memenangi hadiah wang tunai dan piala.

Widadul Wahidah Mahamod dari Singapura pula muncul naib johan qariah dengan markah 87.50 peratus dan tempat ketiga qariah Indonesia Yuni Wulandari Hasim (87.49 peratus), juga membawa pulang hadiah wang tunai dan piala.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran,” majlis itu berlangsung selama enam hari bermula Rabu lepas, melibatkan 36 peserta dari 28 negara.

MTHQA62 adalah yang pertama kali diadakan selepas dua tahun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, hanya kategori tilawah yang dipertandingkan kali ini, manakala kategori hafazan akan kembali pada tahun hadapan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad