web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1MDB: Polis Sahkan Suami Zeti, Dr. Tawfiq Dan Anak Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 7:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengambil keterangan terhadap suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz iaitu Datuk Dr Tawfiq Ayman bagi membantu siasatan terhadap dakwaan penerimaan dana dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob dalam kenyataan turut mengesahkan seorang anak lelaki Tawfiq juga hadir merakamkan percakapan kepada PDRM.

“Beliau (Tawfiq) dipanggil untuk dirakam percakapan (selama beberapa jam) bersama anak lelaki beliau (dipanggil) bagi membantu siasatan polis.

“Rakaman percakapan telah diambil di Menara KPJ, Jalan Tun Razak bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya kepada Bernama.

Zainuddin berkata memandangkan siasatan polis dalam kes ini masih berterusan, polis menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan selesai dijalankan dan seterusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan.

Pada bulan lepas, Bernama melaporkan PDRM mengesahkan bahawa siasatan terhadap Tawfiq berhubung dakwaan penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dalam akaun bank miliknya di Singapura masih berjalan.

Sebelum ini, Zeti dilaporkan menafikan dakwaan bahawa keluarganya terbabit dalam skandal 1MDB.

Zainuddin dilaporkan berkata memandangkan siasatan kes ini melibatkan keterangan di Malaysia dan juga di luar negara, PDRM mengambil tindakan susulan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan yang berada di luar negara. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad