web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hospital Swasta Sedia Terima Sejumlah Pesakit COVID-19 

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2021 1:00PM

Dr Jacob Thomas- Gambar dari globalhealthandtravel.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Fasiliti kesihatan di hospital swasta kini bersedia menerima sejumlah pesakit COVID-19 bagi membantu mengurangkan kesesakan pesakit-pesakit COVID-19 yang kini mula memenuhi fasiliti kesihatan kerajaan.

Pengerusi Nexus Penjagaan Kesihatan Swasta (PHPN) Datuk Dr Jacob Thomas berkata hospital swasta menyediakan sebanyak 71 unit ventilator kepada hospital kerajaan di seluruh negara ketika kes yang direkodkan di Unit Rawatan Intensif (ICU) dan Unit Rawatan Koronari (CCU) telah mula menunjukkan penurunan dan ia disahkan Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Datuk Dr Kuljit Singh, baru-baru ini.

Menurut Dr Jacob, penyedia kesihatan swasta sentiasa menyokong arahan dan usaha kerajaan dalam menangani apa sahaja situasi berkaitan penjagaan kesihatan di Malaysia, lebih-lebih lagi ketika negara diuji dengan peningkatan kes COVID-19 setiap hari.

"Selain itu, terdapat juga pesakit bukan COVID-19 yang dipindahkan ke hospital swasta contohnya pesakit yang perlu menjalani ujian dialisis dan pembedahan. Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan dan membantu meningkatkan lagi kapasiti wad dan katil di hospital kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada 28 Jan lepas berkata penglibatan hospital swasta untuk menguruskan pesakit COVID-19 adalah antara langkah yang telah diambil kementerian bagi menangani peningkatan kes COVID-19.

Sementara itu, Dr Jacob berkata antara langkah yang diambil PHPN dalam membantu kerajaan termasuk menyediakan pusat saringan di hospital swasta serta ujian calitan kepada pekerja-pekerja asing dan setakat ini sebanyak 130 fasiliti swasta menyediakan pusat saringan COVID-19.

“PHPN juga mengambil langkah lebih awal semasa negara dilanda wabak ini dengan mewujudkan model 'Public-Private Partnership' (PPP) untuk merangsang penglibatan pihak swasta dan menambah baik mutu perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh kerajaan," katanya.

Jelasnya, melalui perubahan yang sistematik dan holistik, hospital swasta mampu memaksimumkan sumber daripada pelbagai sudut seperti peralatan, teknologi, kepakaran dan penjagaan pesakit.

"Semua ini, dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti di hospital kerajaan dengan para barisan hadapan kini berdepan tekanan fizikal dan mental dalam mendepani situasi yang sangat mencabar ini," katanya.

PHPN merupakan inisiatif peningkatan produktiviti yang diterajui oleh sektor swasta dan disokong Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). – Bernama
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad