web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjenayah Selatan Filipina, Berhenti Menculik Di Perairan Negeri - ESSCom

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 4:24PM

Ahmad Fuad beri amaran kepada penjenayah rentas dari Selatan Filipina agar berhenti melakukan penculikan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) memberi amaran keras kepada penjenayah rentas dari Selatan Filipina agar berhenti melakukan penculikan di perairan negeri ini bagi tujuan mendapatkan wang tebusan.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk memburu dan mengesan penjenayah berkenaan sehingga membawa kepada pembebasan mangsa.

"Sejak tahun 2000, sebanyak 27 kes penculikan di perairan Timur Sabah dilaporkan dan 80 peratus daripadanya berjaya diselesaikan.

"Malah sepanjang tempoh satu tahun kebelakangan ini, tiada kes penculikan dilaporkan berlaku," katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Acara Sempena Ulang Tahun ESSCom, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Fuad, kejayaan itu rentetan kekuatan maklumat yang ada selain kerjasama dengan pasukan keselamatan dari Filipina bagi membanteras aktiviti penjenayah rentas sempadan berkenaan.

Tambahnya, walaupun kes sudah berlaku agak lama, pihaknya tidak akan 'lepas tangan' dan hanya menunggu masa untuk bertindak.

"Kita ada hubungan baik dengan counterpart di Filipina dan kita mempunyai maklumat sendiri.

"Justeru, sebarang kejadian penculikan di sini, maklumat akan segera dikongsikan dengan pasukan keselamatan negara jiran bagi membolehkan mereka mengambil tindakan sewajarnya dari sana," katanya.

Amaran turut diberikan kepada tali barut yang membantu kumpulan penculik agar menghentikan perbuatan mereka dengan segera.

"Tali barut ini bukan sahaja Pala'uh, ada orang tempatan dan pendatang tanpa izin. Saya minta hentikan kerana kita tahu mahu cari di mana, tunggu masa ambil tindakan tegas.

"ESSCom yang dinaungi Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa memberi 100 peratus komitmen dalam mengawal keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone)," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan penambahan radar teknologi tinggi, aset bot, pos kawalan keselamatan air serta penambahan batalion Pasukan Gerakan Am.

"Saya juga mengesahkan ESSCom telah menerima 93 pucuk senjata api dan 155 senjata jenis rifle dari kerajaan bernilai RM7 juta.

"Berkaitan Operasi Cegah Pati (OCP) Laut dan Daratan, sehingga kini, seramai 493,273 individu diperiksa dan banyak pendatang haram diusir keluar," katanya

Seramai 118 individu lagi pula telah didakwa di mahkamah, membabitkan 49 kes termasuk berkaitan penyeludupan dengan nilai rampasan RM5.7 juta. - Getaran, 15 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 5 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad