web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SMW Environment Sedia Bantu Peniaga Bazar Urus Sisa Pepejal Dan Buangan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 3:39PM

SWM Environment menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di bazar Ramadan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Apabila kerajaan mengumumkan bahawa bazar Ramadan boleh beroperasi pada bulan puasa tahun ini selepas ‘direhatkan’ tahun lalu, ia pastinya memberi nafas lega kepada semua peniaga.

Selain pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP), peniaga turut ditekankan dengan aspek kebersihan.

Sejajar dengan itu, SMW Environment Sdn Bhd (SWM Environment) mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di 84 lokasi bazar Ramadan di seluruh negeri. 

Lokasi bazar itu membabitkan 10 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor tahun ini, dengan kekuatan 170 anggota.

Mohd Norlisam Mohd Nordin
Mohd Norlisam Mohd Nordin

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, walaupun pihaknya menyediakan perkhidmatan pembersihan awam itu, kelancaran operasi masih memerlukan kerjasama daripada para peniaga untuk menguruskan sisa jualan dengan tertib.

"Para peniaga diingatkan untuk bersama-sama memastikan kebersihan di tapak bazar masing-masing walaupun kami menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di bazar," katanya.

Beliau turut menyarankan agar orang ramai dan peniaga bazar Ramadan untuk memanfaatkan program KITARecycle SWM Environment bagi menguruskan barangan kitar semula milik mereka. 

Katanya, mereka yang menyertai program berkenaan sekali gus memperoleh wang tunai melalui penebusan mata ganjaran terkumpul secara dalam talian, menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun daripada Apple Store dan Google Play Store. 

Pada masa sama, Mohd Norlisam turut mengingatkan orang ramai untuk mengawal sisa makanan melalui Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran (Value Food No Waste) sepanjang bulan Ramadan dan perayaan Syawal nanti.

SWM Environment jelas beliau, bersedia memenuhi keperluan penduduk di kawasan berkepadatan umat Islam yang ramai untuk membuat persiapan dan pembersihan kediaman mereka menjelang Aidilfitri nanti. 

"Pada Aidilfitri nanti, penduduk hanya perlu melaksanakan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan memanfaatkan perkhidmatan Kutipan +1 berjadual seminggu sekali bagi melupuskan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula," tambahnya. 

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut tentang perkhidmatan dan inisiatif SWM Environment boleh menghubungi talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472. – Getaran, 15 April 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar