Berita Terkini

14 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


KKM Beri Kuasa Pada PBT Kompaun Kesalahan Tidak Patuh SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 8:05AM

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melakukan rondaan di Tapak Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya bagi meninjau tahap kepatuhan SOP di tapak bazar berkenaan, semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masuk hari kedua berpuasa semalam, ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan menimbulkan kekhuatiran pelbagai pihak, apabila dibimbangi akan mencetuskan kluster baharu COVID-19.

Semalam, netizen dalam media sosial mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Keadaan ini menarik perhatian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau mengumumkan berkuatkuasa hari ini Kementerian Kesihatan (KKM) telah menurunkan kuasa kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pegawai penguatkuasa PBT Gred 19 ke atas, untuk mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta 342 termasuk sebarang ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menerima beberapa aduan orang ramai mengenai ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan di beberapa lokasi di Malaysia.

“Perkara ini dipandang serius kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Sehubungan itu, PBT digesa untuk mengambil tindakan sewajarnya, dalam memastikan pelaksanaan SOP yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM dipatuhi sepenuhnya,” katanya sambil meminta orang ramai memberi kerjasama kepada PBT, dalam membantu negara melandaikan lengkuk penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa bazar Ramadan seluruh negara semalam mendapati, SOP di bazar berkenaan pada tahap memuaskan namun ada beberapa kawasan masih tidak dipatuhi sepenuhnya.

Tinjauan di tapak bazar Taman Melawati di sini mendapati orang ramai sudah mula mengunjungi bazar tersebut seawal 4 petang.

Peniaga murtabak, Muhd Zaim Mohd Zaki, 18, berkata dia melihat ada pematuhan SOP dalam kalangan orang ramai yang mengunjungi bazar itu, seperti beratur pada jarak satu meter dan memakai pelitup muka, namun bagi pengunjung Mansor Shaari, 36, masih ada lagi yang gagal memberi kerjasama, walaupun dengan kehadiran pegawai penguatkuasa.

Di TERENGGANU, di bazar Ramadan di Dataran Shahbandar, Batu Buruk, Kuala Terengganu dan sekitar jambatan angkat, walaupun terpaksa beratur panjang sebelum dibenarkan masuk, pengunjung dilihat tetap sabar untuk membuat saringan suhu badan dan mengimbas kod aplikasi MySejahtera.

Kehadiran beberapa anggota polis dan Rela di bazar Ramadan juga ternyata berkesan, dalam mengingatkan pengunjung agar sentiasa menjaga jarak fizikal ketika sedang membeli makanan dan minuman.

Di PULAU PINANG, tinjauan di bazar Ramadan Jalan Tenggiri Seberang Jaya, seorang pengunjung Nor Amin Hassan, 34, berkata tapak bazar itu mempunyai pintu masuk dan keluar yang berbeza, di mana setiap pintu masuk dilengkapi dengan Pengimbas Kod QR MySejahtera dan alat pengimbas suhu.

“Saya lihat pengunjung sudah biasa dengan norma baharu ini dan mereka akan mengimbas MySejahtera dan suhu badan masing-masing, sebelum masuk serta memakai pelitup muka,” katanya.

Di JOHOR, tinjauan di bazar Ramadan popular di Johor Bahru mendapati, tahap pematuhan SOP orang ramai yang mengunjungi bazar Ramadan itu adalah pada tahap yang tidak memuaskan.

Hal ini kerana, terdapat daripada mereka yang mengabaikan SOP dengan tidak mengamalkan penjarakan fizikal, dengan berada dekat antara satu sama lain semasa membeli dan memilih juadah.

Didapati terdapat juga kanak-kanak serta warga emas datang ke bazar, walaupun golongan itu tidak digalakkan serta isu pergerakan orang ramai bagi memastikan mereka sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal.

Begitu juga di PERLIS, tinjauan di bazar Ramadan Taman Sena Indah, Titi Chai dan Gual Sami mendapati, bahawa masih ramai yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina berkata walaupun Perlis berstatus zon hijau, ia tidak bermakna bahawa orang ramai tidak perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM, ketika berada di luar rumah dan tempat tumpuan awam.

“Saya telah mengarahkan semua ketua polis daerah mengambil tindakan perketatkan kawalan pematuhan SOP di bazar Ramadan, agar orang ramai dapat kembali mematuhi SOP agar negeri ini terus kekal berstatus hijau,” katanya.

Di MELAKA, bagi mengelak situasi pengunjung berasak-asak di beberapa bazar Ramadan semalam berulang, sistem kupon akan diguna pakai bagi memasuki bazar Ramadan.

Penganjur bazar Ramadan di Taman Rambai Jaya dan Taman Rambai Utama Ismail Adnan berkata, ini termasuklah memasang tali perimeter dan mendapatkan bantuan Rela untuk memantau keadaan, dalam usaha memastikan pengunjung menjaga SOP.

“Untuk mengatasi masalah tersebut daripada berulang, pihak kami akan menggunakan sistem kemasukan bergilir bermula petang ini, dengan setiap pengunjung diberikan ‘kupon’ khas bagi tujuan memantau jumlah pengunjung ke bazar Ramadan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Boleh Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Bermula 1 April 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Thaipusam: Pelaksanaan SOP, Sambutan Sederhana Tidak Jejas Semangat Penganut Hindu

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tidak Perlu Lagi Penjarakan Sosial Di Masjidil Haram

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Jemaah Solat Jumaat, Fardu Di Wilayah Persekutuan Dihadkan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi 

Semasa 17 jam yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri

Semasa 5 jam yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 4 jam yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran