web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Boleh Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Bermula 1 April 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 1:53PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan selaras dengan peralihan negara ke fasa endemik 1 April ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, kebenaran tersebut sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau dalam fasa endemik.

Justeru katanya, jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri manakala kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had umur bagi mereka yang sudah menerima vaksinasi COVID-19.

Malah beliau berkata, masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan solat sunat Tarawih 20 raakat sepanjang Ramadan manakala Qiamullail turut dibenarkan bermula tengah malam.

“Majlis berbuka puasa, moreh dan sahur dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau serta makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, aktiviti tadarus al-Quran di masjid dan surau turut dibenar diadakan pada bila-bila masa bersesuaian dalam bentuk kumpulan kecil.

Katanya, semua kebenaran tersebut adalah tertakluk dengan SOP ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semoga lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dan terus bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera dibendung serta Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insentif RM20,000 Untuk Tandas 5 Bintang Di Masjid, Surau Wilayah Pereekutuan

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawi Siasat Laporan Kesalahan Qazaf - Menteri

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Ahmad Terus Berjuang Martabatkan Tulisan Jawi Menerusi Seni Khat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 20 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad