web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Terus Berjuang Martabatkan Tulisan Jawi Menerusi Seni Khat

Ahmad Mustafa pernah menerima penghargaan sebagai Penggiat Jawi dan Khat Negeri Kedah pada 2014 telah menghasilkan 22 buku antaranya Buku Latihan Khat Nasakh dan buku bertajuk Keindahan Karya Seni Khat yang diedarkan kepada pelajar di sekolah seluruh negara.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 10:00AM

Bekas Pensyarah Geografi dan Kartografi Universiti Al-Qura Mekah, Ahmad Mustafa,78, terus berjuang memartabatkan tulisan Jawi menerusi seni kaligrafi Islam, khat, dengan menubuhkan Pusat Al Khat Al Arabi, Alor Setar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Bersandarkan kepercayaan bahawa tulisan Jawi merupakan sebahagian jati diri bangsa Melayu, Ahmad Mustafa, 78, terus berjuang memartabatkan tulisan warisan itu menerusi seni kaligrafi Islam, khat, dengan menubuhkan Pusat Al Khat Al Arabi di sini.

Bekas Pensyarah Geografi dan Kartografi Universiti Umm Al-Qura Mekah itu berkata tulisan Jawi perlu dipertahankan dan pusat kaligrafi yang beroperasi sejak 2001 itu menjadi platform untuk orang ramai, khususnya golongan muda, melihat sendiri keindahan seni khat dan tulisan Jawi.

Ahmad yang pernah menetap di Mekah seawal usia empat tahun berkata beliau mendapat inspirasi untuk mewujudkan pusat tersebut daripada pengalaman menjadi guru khat di sebuah institusi pendidikan di Mekah selama empat tahun.

“Semasa saya berada di Mekah saya memang minat dengan khat, ketika saya berusia 30 tahun saya mula mendalami pelbagai asas dan jenis seni khat yang berbeza antaranya ialah Khat Thuluth, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Farisi dan Khat Riq’ah di Mesir dah Mekah," katanya kepada Bernama.

Bekas Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan cawangan Kedah itu berkata beliau memulakan usaha menghidupkan seni kaligrafi Jawi menerusi pusat itu kerana mendapati penguasaan tulisan serta bacaan Jawi masih lemah dalam kalangan generasi muda semasa pulang ke Malaysia pada 1999.

"Pada tahun 1999 saya kembali ke Malaysia dan bekerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dalam satu program kesenian Islam dan nama saya telah dinobatkan sebagai naib juara peringkat kebangsaan seni khat.

"Saya juga sering kali dijemput untuk memberi kursus seni khat dan Jawi kepada guru-guru Pendidikan Islam dan Jawi serta pelajar-pelajar yang minat akan mendalami ilmu kesenian khat yang dijalankan di sekolah mereka," katanya.

Ahmad berkata sesiapa sahaja boleh berkunjung ke pusat kaligrafi itu untuk melihat sendiri jenis seni khat dan model sejarah Mekah yang dipamerkan di situ secara percuma.

Beliau yang pernah menerima penghargaan sebagai Penggiat Jawi dan Khat Negeri Kedah pada 2014 telah menghasilkan 22 buku antaranya Buku Latihan Khat Nasakh dan buku bertajuk Keindahan Karya Seni Khat yang diedarkan kepada pelajar di sekolah seluruh negara.

"Buku Latihan Khat Nasakh ini memiliki judul satu, dua dan tiga yang mengikut tahap...saya ingin orang ramai di luar sana terutama generasi muda dapat mendalami kesenian khat dan Jawi bermula daripada asas,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insentif RM20,000 Untuk Tandas 5 Bintang Di Masjid, Surau Wilayah Pereekutuan

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawi Siasat Laporan Kesalahan Qazaf - Menteri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jatuh Bangun Negara Bergantung Kepada Pembangunan Belia, ‘Mereka Harus Diperkasa’

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN