web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jatuh Bangun Negara Bergantung Kepada Pembangunan Belia, ‘Mereka Harus Diperkasa’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 7:00AM

Jatuh bangun masa depan sesebuah negara sebenarnya bergantung kepada pembangunan belia pada hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Belia adalah generasi yang amat penting dan aset bernilai kepada negara, malah kekuatan serta potensi mereka dalam membangunkan dan memacu kemajuan tidak dapat dinafikan.

Menurut khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) minggu ini, golongan itu juga bukan sahaja bernilai untuk masa kini, malah menjadi tonggak kepada pembangunan negara pada masa depan.

Justeru, jatuh bangun masa depan sesebuah negara sebenarnya bergantung kepada pembangunan belia pada hari ini.

Perkara utama harus dititik beratkan dalam mencapai sasaran memperkasanakan golongan itu, adalah menggalakkan pembangunan ilmu pengetahuan, sama ada bersifat ukhrawi atau duniawi.

Ilmu adalah asas petunjuk kepada kebenaran bagi mencapai kesejahteraan hidup manusia, selain ia menjadi kayu ukur bagi menentukan sesuatu perkara dilakukan seseorang itu benar atau salah.

Selaras keperluan itu, belia mestilah bersungguh-sungguh mencari ilmu pengetahuan sebagai pedoman kehidupan di dunia, sekali gus mencapai kebahagiaan di akhirat.

“Dalam masa sama, pelbagai kemahiran mestilah diterokai belia, seperti keusahawanan, kepimpinan, teknologi dan sebagainya.

“Susulan kepentingan mereka, sejajar era cabaran baharu dunia moden dimasuki kini, khususnya Revolusi Industri 4.0, belia harus menyedari bahawa perkembangan teknologi, seperti artificial intelligence (AI), kemajuan internet of things (IoT) dan penggunaan robotik sedang mengambil alih sebahagian peranan manusia.

“(Jadi), Generasi belia harus bersiap sedia menghadapinya dengan menerokai pelbagai ilmu, mempelajari kemahiran sesuai dengan kehendak semasa, bersikap positif terhadap perubahan zaman dan memiliki sahsiah mulia, di samping memperkukuhkan keimanan agar tidak hanyut dalam kelekaan sehingga tergelincir daripada petunjuk agama,” katanya.

Khutbah bertajuk Belia Permata Negara itu memaklumkan, bagi memastikan belia mampu membangun dan memacu kemajuan negara sebaiknya, semua pihak sama ada kerajaan atau bukan kerajaan, ibu bapa serta masyarakat, harus berganding memainkan peranan dan tanggungjawab, agar dapat membina jati diri serta modal insan golongan muda berkenaan.

“Mimbar yakin dan percaya, setiap belia di negara ini mempunyai kelebihan, kemahiran serta kecenderungan masing-masing. Oleh itu, gilaplah ia ke arah yang dapat memajukan diri, agama, masyarakat dan negara,” katanya.

Selain itu, khutbah berkenaan menegaskan, tidak dinafikan, banyak cabaran harus dihadapi pada usia belia, sama ada ia berpunca daripada ancaman, anasir luar atau kelemahan diri.

Jadi, akidah yang benar, akhlak terpuji dan ibadah diterima Allah SWT umpama benteng kukuh kepada belia dalam mendepani cabaran kehidupan.

Golongan belia mesti menjadi generasi istiqamah mengimarahkan masjid dan surau serta menggiatkan diri dengan aktiviti pengimarahan.

“Aspek kesihatan jasmani dan mental juga amat penting bagi seseorang belia. Di usia muda ini mereka mestilah mengamalkan pemakanan halal lagi baik dan menyihatkan, melakukan aktiviti  senaman, menjauhkan diri daripada arak dan dadah, mengurus emosi  dengan baik serta mengelakkan perkara boleh menyebabkan tekanan  hidup.

“Inilah gaya hidup yang mesti diamalkan bagi menjamin kesejahteraan dan kehidupan,” katanya.

Mengulas mengenai tema Hari Belia Negara 2023, iaitu ‘Ini Masa Kita’, ia mengingatkan masyarakat betapa berharganya masa muda yang perlu  dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Masa muda inilah waktu terbaik untuk belia di negara kita tampil melalui pelbagai ruang dan peluang yang ada bagi bersama-sama menyumbang ke arah kemajuan agama, masyarakat serta negara.

“Imam al-Baihaqi meriwayatkan hadis, daripada  Abdullah bin ‘Abbas Radiallahu‘anhuma, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ‘Gunakanlah dengan baik lima perkara sebelum datang lima (yang lain), iaitu masa muda sebelum datang masa tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum fakir, waktu lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati,” katanya. 

Pada masa sama, pengisian khutbah itu mengajak semua agar mendekati belia dengan pendekatan sesuai dan hampir dengan mereka.

Usaha itu boleh dilaksanakan menerusi program keilmuan khusus untuk belia, latihan kepimpinan dan pengukuhan sahsiah, pemantapan latihan dan kemahiran serta peluang perniagaan.

Ia juga boleh dibuat dengan memperkasakan pertubuhan belia di setiap kawasan dan menyalurkan dana bagi menghasilkan inovasi yang lahir daripada idea segar mereka.

“Semoga dengan usaha ini, belia sentiasa mendapat bimbingan sewajarnya dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.

“Sesungguhnya merekalah permata yang bakal mewarisi negara tercinta ini,” katanya. – Getaran, 20 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insentif RM20,000 Untuk Tandas 5 Bintang Di Masjid, Surau Wilayah Pereekutuan

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawi Siasat Laporan Kesalahan Qazaf - Menteri

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Perdana Menteri Sampaikan Khutbah Jumaat Di Pusat Kebudayaan Islam New York

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 6 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi