web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jho Low Beritahu Penubuhan 1MDB 2 Tahun Sebelum Ditubuhkan Secara Rasmi - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 4:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah memaklumkan AmBank bahawa pasukannya sedang berusaha  menubuhkan dana kekayaan negara (sebelum 1Malaysia Development Berhad) untuk mengumpul dana bagi membangunkan negeri Terengganu, dua tahun sebelum ia ditubuhkan secara rasmi.

Joanna Yu Ging Ping, 51, bekas pengurus perhubungan di bank itu berkata beliau telah diperkenalkan kepada Jho Low, Tan Vern Tact dan Nik Faisal Ariff Kamil oleh ketua pasukannya ketika itu, Chan Wan Seong pada 2007.

Pada mulanya ditubuhkan pada 2009 sebagai entiti milik kerajaan negeri Terengganu, Terengganu Investment Authority (TIA) dan kemudiannya dinamakan semula sebagai 1MDB.

Ketika menjelaskan pengenalannya kepada Jho Low, Yu berkata beliau mengenali ahli perniagaan itu apabila ditugaskan oleh Wan Seong untuk mengendalikan pinjaman Majestic Masterpiece Sdn Bhd pada 2007.

“Syarikat ini sedang meninjau untuk mengambil alih saham dua syarikat lain, iaitu Loh & Loh Corporation Berhad dan Putrajaya Perdana Berhad. Majestic Masterpiece dimiliki oleh Wynton Private Equity Group dan Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corporation. Jho Low adalah antara pengarah Wynton Private Equity Group.

“Tidak lama selepas pinjaman Majestic Masterpiece diluluskan oleh bank dan pengambilalihan entitinya selesai, Jho Low memaklumkan kepada bank bahawa pasukannya sedang meninjau untuk menubuhkan dana kekayaan negara bagi mengumpul dana untuk membangunkan negeri Terengganu,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-41 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan RM2.3 bilion dana milik 1MDB.

Yu berkata beliau kemudiannya menghadiri mesyuarat dengan Jho Low dan beberapa yang lain pada 2009 untuk penerbitan bon berkaitan.

Mereka yang menghadiri mesyuarat itu ialah Casey Tang dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, beberapa pegawai AmBank seperti Chan serta beberapa pegawai bahagian pasaran modal hutang bank itu.

Tang kemudiannya akan menjadi pengarah eksekutif pembangunan perniagaan 1MDB manakala Shahrol Azral akan menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) dana itu.

“Dalam pertemuan ini, Jho Low dan Tang mengemukakan banyak soalan dan bertanya tentang isu biasa membabitkan penerbitan bon, struktur dan garis masa untuk terbitan. Kami pada mulanya diminta memberikan cadangan untuk terbitan bon RM10 bilion dengan tempoh 30 tahun.

“Rakan-rakan saya dari bahagian Perbendaharaan dan Pasaran Modal Hutang memberitahu bahawa mungkin tidak cukup pelabur untuk saiz RM10 bilion dan tempoh bon selama 30 tahun di Malaysia juga tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Terdapat beberapa cadangan yang dibincangkan, antaranya mendapatkan jaminan kerajaan untuk bon, mengurangkan saiz terbitan bon, dan juga memendekkan tempoh bon. Selepas pertemuan ini, terdapat beberapa perbincangan lain.

“Akhirnya pelanggan (TIA) bersetuju untuk mengurangkan saiz terbitan bon jaminan kerajaan sebanyak RM5 bilion untuk tempoh 30 tahun.

“Saya tidak pasti siapa yang membuat keputusan untuk mempunyai jaminan kerajaan untuk bon ini, tetapi setakat yang saya tahu, Perbendaharaan/Pasaran Modal Hutang Bank telah memaklumkan bahawa jaminan kerajaan mungkin diperlukan untuk tempoh bon melebihi 20 tahun.

“Biasanya, pelangganlah yang membuat keputusan muktamad bagi struktur bon dan bagi 1MDB, pelanggan memainkan peranan penting dalam mendapatkan jaminan kerajaan untuk bon itu,” kata saksi itu.

Beliau berkata sebaik sahaja penerbitan bon itu dipersetujui, TIA membuka akaun di AmBank untuk tujuan menerima hasil bon.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

4

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad