web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bazar Ramadan Batal, Peniaga Terpaksa 'Lelong' Bekalan Kelapa

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 2:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang peniaga terpaksa menjual lebih 500 biji kelapa pada harga modal selepas kerajaan negeri Kelantan membatalkan semua bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negeri susulan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.

Peniaga kelapa Zahari Awang, 65, dari Kampung Sri Kulim, Melor, di sini, berkata beliau membeli kelapa tersebut pada harga RM1 tidak termasuk upah panjat RM0.50 dan bercadang untuk menjualnya pada harga RM1.80 sebiji

Katanya bekalan kelapa itu sebenarnya telah ditempah oleh peniaga lauk-pauk dan kuih-muih di Bazar Ramadan Melor, namun selepas dimaklumkan mengenai pembatalan bazar Ramadan, mereka tidak meneruskan pembelian tersebut.

“Terkejut dengan apa yang berlaku namun perasaan itu sedikit reda apabila anak Nurulhuda, 33, dan menantu Muhammad Imran Hashim, 31, sepakat untuk menjual bekalan kelapa itu pada harga modal sahaja tanpa sebarang keuntungan.

“Saya ambil keputusan jual RM1.50 sebiji kepada pembekal santan di kampung ini bagi memastikan kelapa yang sudah dikait terjual. Setakat semalam sudah 300 biji terjual,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Bagi peniaga air minuman berkarbonat Redzuan Yaacob, 40, dari Kubang Kerian berkata beliau sudah mengeluarkan modal berjumlah RM25,000 membeli stok bekalan untuk jualan di dua tapak Bazar Ramadan masing-masing di pekarangan Stadium Sultan Mohamad V dan Kubang Kerian.

“Saya berpengalaman berniaga sejak 21 tahun lalu, sudah dapat mengagak air botol akan dapat permintaan tinggi oleh itu pada tahun ini saya meminjam wang dari kakak saya.

“Stok sudah sampai empat hari lalu, sekarang saya sedang memikirkan kaedah terbaik untuk menjual bekalan yang ada ini seperti mencari tapak baharu dan jualan secara dalam talian,” kata bapa kepada empat cahaya mata ini.

Semalam, kerajaan Kelantan mengumumkan peruntukan RM1.5 juta sebagai sumbangan kepada 2,500 peniaga yang terkesan berikutan pembatalan pengoperasian bazar Ramadan di seluruh negeri berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad