web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Johor Rahsia Nama 34 Pegawai, Anggota Terbabit Macau Scam

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 1:21PM

Ayob Khan berkata pihaknya kini sedang mengemaskini kertas siasatan sebelum mengambil tindakan seterusnya. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Johor tidak akan mendedahkan senarai 34 pegawai dan anggota pasukannya yang disyaki bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan pengubahan wang haram ‘Geng Nicky’ didalangi seorang Datuk Seri.

Menegaskan perkara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya kini sedang mengemaskini kertas siasatan sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Menurutnya, beliau tidak bercadang untuk menyerahkan senarai pegawai dan anggota terbabit kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk diambil tindakan.

“Sebaliknya, apabila kertas siasatan sudah lengkap, kami akan tangkap mereka dan ambil tindakan di bawah kesalahan jenayah terancang.

“Saya tak akan keluarkan senarai itu, saya akan tangkap nanti. Tunggu dan lihat,” katanya pada sidang media yang dibuat secara langsung di Facebook Polis Johor, hari ini.

Pada 30 Mac lalu, Polis Johor menumpaskan sindiket Macau Scam dan pengubahan wang haram ‘Geng Nicky’ yang didalangi Datuk Seri Nicky Liow atau nama sebenarnya Liow Soon Hee berusia 33 tahun.

Sindiket ini turut didapati mempunyai rangkaian dengan sindiket jenayah terancang terbesar Hong Kong, 14K.

Menurut Ayob Khan, Polis Johor sudah membuktikan perkara itu dengan menahan 24 orang pegawai dan anggota penguat kuasa di bawah Ops Benteng.

Kesemua mereka katanya, akan didakwa melakukan kesalahan jenayah terancang.

“Inilah fomat yang saya akan gunakan dalam (menangani) sindiket Datuk Seri Nicky. Keutamaan untuk tindakan tatatertib adalah perkara terakhir.

“Saya tidak akan serahkan kepada JIPS untuk diambil tindakan, saya nak ambil tindakan di bawah jenayah terancang, bagi saya itu (tindakan) yang paling tepat, paling mudah, paling tegas untuk kita ambil tindakan.

“Bagaimanapun, saya mesti pastikan kita cukup bukti dulu, sebab itu bagilah masa sedikit,” katanya. - Getaran, 14 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad