web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


150 Pekerja Malaysia Di Singapura Terima Pek Makanan Sempena Ramadan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 8:04AM

150 pekerja Malaysia di Singapura menerima sumbangan pek Ramadan yang terdiri daripada barang makanan dan baucar. - Gambar dari Maybank Singapura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Perbankan Islam Maybank Singapura bekerjasama dengan Makanan Percuma untuk Semua (FFFA) menyumbang pek Ramadan terdiri barang makanan dan baucar kepada 150 pekerja Malaysia berpendapatan rendah yang tinggal di Singapura.

"Di bawah misi korporat kami 'Humanising Financial Services', kami berharap sumbangan zakat ini dapat membantu FFFA dalam usaha mereka membantu penerima bantuan, terutama ketika sempadan ditutup," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Singapura Dr John Lee, dalam satu kenyataan di sini.

Lee berkata, kerjasama itu dimulakan tahun lalu semasa Circuit Breaker ketika Maybank dan FFFA membantu pekerja Malaysia yang terkandas dan terjejas oleh pandemik COVID-19 dengan mengagihkan makanan dan bantuan kewangan.

Regional Ramadan Relief (RRR) ialah program tanggungjawab korporat utama Perbankan Islam Kumpulan Maybank menggunakan peruntukan zakat bagi mengagihkan bekalan makanan asas kepada keluarga kurang berkemampuan sempena Ramadan.

Maybank Singapura telah melancarkan program RRR sejak 2017 dengan mengedarkan baucar makanan kepada lebih 1,000 keluarga di Singapura.

FFFA sudah membantu mereka yang kurang bernasib baik di Singapura dan di seluruh dunia dengan menyajikan lebih 500,000 makanan dan merintis inisiatif seperti pek makanan halal bermasak.

Setiap bungkusan Ramadan mengandungi baucar runcit bernilai S$60 serta barang makanan seperti kurma, minuman 3-dalam-1 dan pek makanan. 

Sejak 2013, program RRR Kumpulan Maybank memperuntukkan hampir S$4.5 juta untuk memberi manfaat kepada kira-kira 120,000 keluarga, termasuk ibu tunggal, orang kurang upaya, anak yatim, nelayan, petani dan golongan kurang bernasib baik di lebih 10 negara.

Program kumpulan Maybank telah memasuki tahun kesembilan dan memberi manfaat kepada golongan kurang mampu di Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina, Laos, Thailand, Kemboja, Brunei, Dubai dan komuniti Rohingya di Myanmar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Bursa Securities Nyahsenarai Scomi, Tolak Permohonan Lanjut Pelan Regularisasi

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Maybank Sahkan Dakwaan Kebocoran Data Sebagai Tidak Benar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Siasat Dakwaan Kebocoran Maklumat 13 Juta Rakyat Malaysia - Fahmi

4

Ekonomi 4 tahun yang lalu

Keuntungan Bersih Suku Kedua Maybank Melonjak Kepada RM1.96 Bilion

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad