web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bursa Securities Nyahsenarai Scomi, Tolak Permohonan Lanjut Pelan Regularisasi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 10:02PM

Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) telah memutuskan untuk menyahsenarai sekuriti Scomi Group Bhd (SGB) daripada senarai rasmi Bursa Securities - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) telah memutuskan untuk menyahsenarai sekuriti Scomi Group Bhd (SGB) daripada senarai rasmi Bursa Securities mengikut perenggan 8.04 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, SGB berkata Bursa Securities menerusi surat bertarikh 28 Mac, 2023, telah menolak rayuan syarikat bagi mendapatkan lanjutan enam bulan lagi daripada keputusan Bursa Securities bagi mengemukakan pelan regularisasi kepada pihak berkuasa berkaitan untuk diluluskan.

“Bursa Securities telah memutuskan menolak permohonan SGB untuk mengubah terma dan syarat bagi syarikat melunaskan dan membayar sejumlah RM8 juta kepada Maybank sebelum 15 Mac, 2023,” katanya.

Syarikat itu berkata penolakan tersebut adalah sepertimana dalam surat Bursa Securities bertarikh 13 Februari, 2023, dan sama ada Maybank bersedia mempertimbang semakan tawaran SGB bagi penyelesaian tunai atau menyemak semula tempoh ditetapkan dalam syarat membayar mengikut tempoh keputusan semakan semula tawaran Maybank.

“Berikutan keadaan itu, sekuriti syarikat akan dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Securities pada 31 Mac, 2023,” katanya.

Menurut SGB, sekuriti syarikat itu sebaliknya akan kekal sebagai deposit dalam Bursa Depository Sdn Bhd, biarpun dengan penyahsenaraian sekuriti terbabit.

“Ia bukanlah wajib bagi sekuriti sebuah syarikat yang dinyahsenarai itu untuk dikeluarkan daripada Bursa Depository.

“Sebaliknya, sebagai alternatif, pemegang saham yang mahu memegang sekuriti mereka dalam bentuk sijil fizikal boleh mengeluarkannya daripada akaun Sistem Depositori Pusat mereka yang dikekalkan dengan Bursa Depository pada bila-bila masa selepas penyahsenaraian sekuriti syarikat," katanya.

SGB berkata syarikat itu akan terus wujud sebagai entiti tidak tersenarai apabila dinyahsenarai selain dapat meneruskan operasi serta perniagaan mengikut penstrukturan semula korporatnya.

“Pemegang saham masih boleh mendapat ganjaran daripada prestasi syarikat. Namun, saham yang dipegang itu tidak lagi disebut atau diniagakan di Bursa Securities,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Bursa Malaysia Beri Amaran Mengenai Penyamaran Sebagai Pengurusan Bursa Di Media Sosial

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Maybank Sahkan Dakwaan Kebocoran Data Sebagai Tidak Benar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Siasat Dakwaan Kebocoran Maklumat 13 Juta Rakyat Malaysia - Fahmi

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Bursa Malaysia Ditutup Dalam Julat Negatif Susulan Pengambilan Untung Berterusan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan