web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bursa Malaysia Ditutup Dalam Julat Negatif Susulan Pengambilan Untung Berterusan

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 8:00PM

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dalam julat negatif susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dalam julat negatif susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan disebabkan peningkatan kukuh pada Khamis minggu lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bagaimanapun indeks petunjuk pasaran ditutup pada paras terendahnya berikutan terdapat aktiviti belian pada sesi dagangan petang.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.58 mata kepada 1,476.96 berbanding 1,486.54 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Sewaktu pasaran dibuka, indeks tersebut menyusut 2.77 mata kepada 1,483.77 dan bergerak di antara 1,467.26 dengan 1,486.68 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 564 berbanding 409, manakala 358 kaunter tidak berubah, 927 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.40 bilion unit bernilai RM2.47 bilion daripada 4.41 bilion unit bernilai RM2.75 bilion pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis minggu lepas.

Thong berkata indeks utama serantau ditutup kebanyakannya tinggi, didorong oleh syarikat hartanah China selepas pengawal selia sekuriti di China menarik semula larangan ke atas pembiayaan semula ekuiti bagi syarikat hartanah tersenarai.

“Di dalam negara, kami berpendapat aktiviti belian akan kembali semula selepas jualan selama dua hari berikutan sentimen pelabur sewajarnya semakin baik dalam situasi landskap politik yang bertambah baik. Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI akan diuji semula pada paras 1,500 tidak lama lagi.

“Secara perbandingan, penilaian ekuiti-ekuiti tempatan masih lebih rendah berbanding bursa-bursa serantau,” katanya.

Dari sudut teknikal, beliau berkata, Rakuten Trade akan melihat paras rintangan serta-merta pada 1,500, diikuti 1,530 manakala paras sokongan pada 1,470.

“Memandangkan kita akan melangkah ke Disember, kami menjangka beberapa pelarasan semula dan aktiviti memperelokkan akaun akan berlaku,” katanya.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun susut 0.48 peratus kepada 28,027.84, Hang Seng Hong Kong meningkat 5.24 peratus kepada 18,204.68 dan Indeks Straits Times Singapura meningkat 10.1 peratus kepada 3,272.76.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.70, CIMB meraih dua sen kepada RM5.82, manakala Public Bank turun 11 sen kepada RM4.41, Petronas Chemicals jatuh 56 sen kepada RM8.52 dan IHH Healthcare susut lima sen kepada RM5.95.

Dalam kalangan saham aktif, Advance Synergy berkurangan satu sen kepada 19.5 sen, Top Glove menguncup 3.5 sen kepada 87.5 sen, manakala MQ Technology dan SMTrack masing-masing meningkat satu sen kepada lima sen dan enam sen, dan MMAG tidak berubah pada tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 32.28 mata kepada 10,544.51, Indeks FBMT 100 berkurangan 39.78  mata kepada 10,259.91 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 25.05 mata kepada 10,662.57.

FBM ACE pula menokok 5.08 mata kepada 5,196.72 manakala FBM 70 menambah 58.02 mata kepada 12,696.37.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 50.11 mata kepada 16,649.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 3.78 mata kepada 181.58, Indeks Perladangan merosot 9.92 mata kepada 6,807.23, manakala Indeks Tenaga meraih 4.82 mata kepada 763.91. 

Jumlah dagangan Pasaran Utama lebih rendah kepada 2.16 bilion saham bernilai RM2.18 bilion berbanding 2.87 bilion saham bernilai RM2.43 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 356.10 juta unit bernilai RM68.81 juta daripada 522.23 juta unit bernilai RM49.65 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menguncup kepada 880.66 juta saham bernilai RM226.95 juta daripada 1.02 bilion saham bernilai RM270.37 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 545.10 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (502.51 juta), pembinaan (73.47 juta), teknologi (229.78 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (114.13 juta), hartanah (192.06 juta), perladangan (31.74 juta), REIT (7.69 juta), dana tertutup (5,100), tenaga (197.08 juta), penjagaan kesihatan (131.01 juta), telekomunikasi dan media (42.04 juta), pengangkutan dan logistik (42.50 juta) dan utiliti (49.63 juta). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Bursa Malaysia Beri Amaran Mengenai Penyamaran Sebagai Pengurusan Bursa Di Media Sosial

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Bursa Securities Nyahsenarai Scomi, Tolak Permohonan Lanjut Pelan Regularisasi

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Situasi Politik Reda, KLCI Naik 4.04 Peratus

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Nilai Ringgit Naik 1.5 Peratus Berikutan Pengumuman PM Ke-10

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan