web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bursa Malaysia Beri Amaran Mengenai Penyamaran Sebagai Pengurusan Bursa Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 9:14PM

Sekarang ini, terdapat peningkatan dalam bilangan halaman dan iklan tajaan di Facebook yang menggunakan nama serta gambar Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia Bhd hari ini mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penipu yang menyamar sebagai pengurusan Bursa Malaysia di media sosial atau aplikasi mesej.

Sekarang ini, terdapat peningkatan dalam bilangan halaman dan iklan tajaan di Facebook yang menggunakan nama serta gambar Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.

"Bursa ingin menegaskan bahawa halaman serta catatan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan Datuk Muhamad Umar Swift atau Bursa Malaysia, dan langkah-langkah telah diambil untuk melaporkan serta membuangnya," kata bursa itu dalam satu kenyataan.

Dalam satu kes baru-baru ini, pelaku penipuan yang menyamar sebagai Muhamad Umar mengesyorkan buku mengenai perdagangan saham, mendakwa bahawa ianya adalah hadiah percuma kepada mereka yang mengklik pautan perbualan.

Kes penipuan yang lain pula mengajak pengguna untuk menyertai kumpulan pada aplikasi pemesejan seperti Telegram atau WhatsApp bagi menerima tip berkenaan perdagangan saham.

Bursa itu mengingatkan orang ramai mengenai iklan tajaan di media sosial kerana ia hanya muncul kepada pengguna tertentu berdasarkan parameter algoritma yang ditetapkan oleh penipu. 

"Kakitangan Bursa Malaysia tidak akan memberikan tip atau buku saham daripada akaun peribadi, malah tidak akan menghubungi maklumat pelabur di luar saluran bukan rasmi," katanya.

Bursa itu menggesa orang ramai yang menerima iklan tajaan yang mendakwa datang daripada Bursa Malaysia atau wakil mereka supaya menghantar e-mel kepada [email protected] dengan menyertakan tangkap layar serta URL iklan itu, bagi memudahkan tindakan menurunkan halaman palsu atau yang mempunyai niat yang tidak baik. 

"Ingat, apabila ragu-ragu, sentiasa sahkan dan laporkan," katanya, sambil menambah bahawa senarai amaran penipuan ada disediakan di laman web Akademi Bursa .

Sementara itu, Senarai Amaran Pelabur Suruhanjaya Sekuriti  mengandungi senarai laman web, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak dibenarkan.

"Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan dinasihatkan menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan di talian 997 dan membuat laporan," katanya.

Mereka yang berminat untuk mengetahui tentang pasaran saham dan mahu mendapatkan laporan penyelidikan penganalisis yang boleh dipercayai dipelawa melayari laman web Bursa Malaysia www.bursamalaysia.com dan laman mikro rasmi -- Bursa Marketplace untuk mengetahui asas pelaburan serta Bursa Academy, platform e-pembelajaran sehenti yang merangkumi tiga pasaran iaitu ekuiti, derivatif dan pasaran modal Islam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad