Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keuntungan Bersih Suku Kedua Maybank Melonjak Kepada RM1.96 Bilion

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 4:52PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2021, yang melonjak kepada RM1.96 bilion berbanding RM941.73 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Dalam kenyataannya pada Khamis, bank keempat terbesar Asia Tenggara dari segi aset itu berkata pendapatannya juga meningkat dipacu oleh pertumbuhan pinjaman manakala margin faedah bersih (NIM) berkembang daripada gabungan pembiayaan diurus secara cekap serta rosot nilai lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, perolehan hasilnya bagi suku berkenaan susut kepada RM11.34 bilion daripada RM11.79 bilion sebelum ini.

Kumpulan itu mencatat pertumbuhan pendapatan operasi bersih lebih kukuh sebanyak 9.3 peratus kepada RM6.17 bilion berbanding tempoh setahun sebelumnya manakala kerugian rosot nilai berkurangan kepada RM567.2 juta daripada RM1.74 bilion pada suku sama tahun lepas.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2021 (separuh pertama tahun kewangan 2021), keuntungan bersih kumpulan melonjak kepada  RM4.35 bilion berbanding RM2.99 bilion sebelum ini manakala hasil berkurangan kepada RM23.56 bilion daripada RM25.03 bilion, sebelum ini.

Menurutnya, Maybank juga menyaksikan penurunan pendapatan berasaskan fi bersih sebanyak 16.5 peratus kepada RM3.50 bilion daripada RM4.19 bilion bagi tempoh sama 2020 dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh keuntungan pelupusan pelaburan yang lebih rendah dan kerugian di pasaran.

Selain itu, Lembaga Pengarah Maybank telah mengisytiharkan dividen interim tunggal satu peringkat sebanyak 28 sen sesaham di bawah Pelan Pelaburan Semula Dividen kumpulan itu.

“Dividen ini merangkumi 14 sen sesaham menerusi bayaran secara tunai serta bahagian boleh pilih sebanyak 14 sen sesaham dan boleh dilaburkan semula bagi saham-saham biasa baharu atau dibayar secara tunai.

“Jumlah pembayaran dividen untuk pemegang saham dianggarkan RM3.27 bilion atau 75.2 peratus daripada keuntungan bersih separuh tahun sebanyak RM4.35 bilion,” katanya.

Merujuk aspek mudah tunai dan kekukuhan modal, Maybank komited untuk terus mengekalkan kedudukan mudah tunai tersebut dengan nisbah liputan mudah tunai sebanyak 137.2 peratus manakala nisbah pinjaman kepada deposit pada 89.3 peratus.

Dari segi pertumbuhan pinjaman, operasi di Malaysia meningkat kukuh sebanyak 4.7 peratus bagi pinjaman kasar untuk tempoh separuh pertama tahun kewangan 2021, sekali gus mengatasi pertumbuhan industri pada 3.4 peratus.

Di Singapura, pertumbuhan pinjaman Maybank meningkat 8.7 peratus bagi tempoh tersebut dan mengatasi pertumbuhan industri sebanyak 2.1 peratus manakala Indonesia merekodkan penurunan 15 peratus berikutan impak berterusan pandemik COVID-19.

Maybank berkata, nisbah pinjaman rosot nilai kasarnya susut kepada 2.18 peratus pada Jun 2021 berbanding 2.49 peratus pada tempoh sama tahun lepas manakala liputan kerugian pinjaman bagi Jun 2021 terus meningkat kepada 114.8 peratus daripada 90.5 peratus pada setahun sebelum ini.

Selain itu, keuntungan sebelum cukai bagi perniagaan perbankan Islam kumpulan itu meningkat kepada RM2.34 bilion pada separuh pertama 2021 berbanding RM861.6 juta setahun sebelum ini dan jumlah pembiayaan kasar meningkat kepada RM211.1 bilion.

“Bagi tempoh setakat Jun 2021, bahagian pembiayaan Islam merupakan 63.8 peratus daripada jumlah pembiayaan domestik Maybank. Malah, Maybank Islamic berada di kedudukan pertama Malaysia membabitkan bahagian pasaran aset Islam sebanyak 29.3 peratus,” katanya.

Segmen perniagaan insurans Etiqa dan Takaful mencatat peningkatan pendapatan operasi bersih sebanyak 6.9 peratus kepada RM919.0 juta bagi tempoh enam bulan berakhir pada 30 Jun, 2021.

Dalam pada itu, Maybank berkata setakat Ogos 2021, dianggarkan 27.1 peratus daripada jumlah pembiayaan di Malaysia telah ditawarkan menerusi bantuan bayaran balik, program bantuan, penjadualan dan penstrukturan semula manakala di Indonesia sebanyak 15.3 peratus dan Singapura 6.1 peratus.

Sementara itu, mengulas prestasi Maybank, Pengerusinya Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata kumpulan itu kekal berhati-hati terhadap momentum pertumbuhan serantau secara menyeluruh berikutan peningkatan semula kes COVID-19 beberapa bulan lepas.

“Namun, Maybank kekal komited untuk membantu golongan yang terjejas menerusi penyelesaian kewangan kami selain bantuan masyarakat agar dapat bersama-sama mengharungi pandemik ini dengan selamat,” katanya.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias pula berkata sejajar jangkaan separuh kedua 2021 yang lebih mencabar, kumpulan tersebut akan meneruskan strategi dengan tumpuan terhadap aspek pengurusan risiko yang lebih tangkas, memperkukuh modal serta mengembangkan asas deposit akaun semasa dan simpanan bagi menyediakan penampan mencukupi untuk menghadapi sebarang keadaan di luar jangka.

“Bagi kemajuan masa depan, kami akan terus memperkukuh keupayaan digital serta menumpukan usaha inovasi selain melonjakkan komitmen kemampanan yang dipercayai dapat memberi kelebihan daya saing untuk Maybank bagi mencapai agenda pertumbuhan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Bursa Securities Nyahsenarai Scomi, Tolak Permohonan Lanjut Pelan Regularisasi

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Maybank Sahkan Dakwaan Kebocoran Data Sebagai Tidak Benar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasat Dakwaan Kebocoran Maklumat 13 Juta Rakyat Malaysia - Fahmi

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Serba Dinamik Catat Perolehan RM1.21 Bilion Bagi Suku Berakhir 30 Jun

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini