Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Serba Dinamik Catat Perolehan RM1.21 Bilion Bagi Suku Berakhir 30 Jun

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 8:09AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serba Dinamik Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM14.92 juta bagi suku yang berakhir 30 Jun, 2021 manakala perolehan berjumlah RM1.21 bilion bagi tempoh sama.

Prestasi itu didorong terutama oleh aktiviti rancak daripada operasi dan penyenggaraan (O&M) di rantau Timur Tengah dan Malaysia, yang menyumbang RM1.1 bilion atau 90.6 peratus kepada jumlah perolehan, menurut syarikat itu dalam kenyataan semalam.

Ia menambah, segmen kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) merupakan penyumbang kedua terbesar kepada perolehan dengan RM100.4 juta atau 8.3 peratus kepada jumlah perolehan.

Segmen teknologi maklumat dan komunikasi (CT) pula memberikan sumbangan sebanyak RM11.8 juta atau 1.0 peratus kepada jumlah perolehan pada tempoh suku yang dinilai, menurutnya.

Penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu menjelaskan tiada perbandingan bagi maklumat kewangan yang tersedia bagi tempoh kewangan ini susulan perubahan tahun kewangan syarikat kepada 30 Jun daripada 31 Disember seperti yang diumumkan pada 7 Mei, 2021.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata perniagaan mencatatkan prestasi berdaya tahan dalam menghadapi situasi mencabar pada suku tersebut.

“Semua segmen perniagaan kami merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Syarikat terus berusaha dan proaktif untuk meraih peluang baharu dalam bidang bukan minyak dan gas.

“Kami giat mengembangkan ruang kami dan kesalinghubungan perniagaan dalam melangkah maju. Ini selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Bagi tempoh kumulatif 18 bulan, syarikat mencatatkan jumlah perolehan sebanyak RM8.6 bilion dengan keuntungan sebelum cukai dan keuntungan selepas cukai masing-masing pada RM848.4 juta dan RM758.4 juta.

Mohd Karim berkata pihaknya juga mahu memberi kepastian kepada pihak berkepentingan bahawa operasi perniagaan tetap berjalan seperti biasa dan akan terus meninjau peluang perniagaan bagi meningkatkan keuntungan syarikat.

“Semakan Semula Bebas Khas juga berjalan lancar dan kami berharap hasil dapatannya dapat diumumkan pada suku keempat tahun ini bagi melenyapkan semua keraguan mengenai syarikat ini.

“Kami juga kekal yakin terhadap prospek kumpulan meskipun dalam keadaan semasa berikutan pandemik COVID-19,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Cadangan Cagar Wang Caruman KWSP Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pendekatan Sewa Guna Perolehan Peranti Kurangkan Beban Pentadbir Sekolah

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Tuduhan Tidak Berasas, SC Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengarah Dan 2 Pegawai Kanan Serba Dinamik Didakwa Kemuka Pernyataan Palsu

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 20 jam yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM