web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengarah Dan 2 Pegawai Kanan Serba Dinamik Didakwa Kemuka Pernyataan Palsu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 4:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan minyak dan gas bersepadu Serba Dinamik Holdings Berhad, seorang pengarah dan dua pegawai kanannya mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad, Februari lepas.

Serba Dinamik yang diwakili Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Abu Bakar Uzir, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hamidah Md Deril.

Syarikat itu didakwa dengan niat untuk menipu telah mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad berhubung hal ehwal Serba Dinamik Holdings Berhad yang terkandung di dalam “Serba Dinamik Holdings Berhad’s Quarterly Report on the Consolidated Results for the Quarter and Year Ended 31 December 2020”.

Di mahkamah berasingan, Pengarah Eksekutif Bukan Bebas Datuk Syed Nazim Syed Faisal, 41, Pengawal Kewangan Kumpulan Azhan Azmi, 39, dan Timbalan Presiden Akaun dan Kewangan Muhammad Hafiz Othman, 37, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan sama dibacakan secara berasingan ke atas mereka di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Bursa Malaysia Securities Berhad, Bukit Kewangan, di sini pada 26 Februari lepas dan didakwa mengikut Seksyen 369(a)(B) dibaca bersama Seksyen 367(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 369 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM3 juta, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Syed Nazim, Muhammad Hafiz dan Azhan diikat jamin RM300,000 setiap seorang dengan dua penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Sekuriti sebulan sekali serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti Hashley Tajudin dan Zulaida Zulkifli manakala Serba Dinamik dan kesemua pegawainya diwakili peguam L K Mak.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 27 Jan depan bagi sebutan semula kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Daim Akan Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Isnin Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penganggur Didakwa Buat Komunikasi Jelik Hina Sultan Johor, Keluarga Diraja

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bursa Malaysia Beri Amaran Mengenai Penyamaran Sebagai Pengurusan Bursa Di Media Sosial

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad