web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penganggur Didakwa Buat Komunikasi Jelik Hina Sultan Johor, Keluarga Diraja

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 11:00AM

Reymi Abdul Rahim, 43,  didakwa secara sedar membuat komunikasi jelik terhadap Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor menerusi akaun Twitter miliknya dengan niat menyakiti hati orang lain. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat komunikasi jelik menghina Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor, dua tahun lepas.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Reymi Abdul Rahim, 43,  didakwa secara sedar membuat komunikasi jelik terhadap Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor menerusi akaun Twitter miliknya dengan niat menyakiti hati orang lain.

Kedua-dua hantaran itu dibaca oleh seorang pengguna akaun Twitter pada 12 tengah hari, 8 Okt 2021 di sebuah pejabat di Kota Southkey, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu, selepas sabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S. Thiviya menawarkan jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Reymi.

Peguam yang mewakili tertuduh Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nurhazneena Zureen Mohamad Hanafiah memohon agar jaminan dikurangkan kerana tertuduh tidak bekerja dan masih menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail kerana mempunyai skizofrenia dengan kemurungan.

Hakim VM Mabel Sheela menetapkan wang jaminan RM4,500 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport  kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Kes akan disebut semula pada 21 Ogos ini untuk serahan dokumen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Daim Akan Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Isnin Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Masuk Kaunter Stesen MRT, Penganggur Dipenjara 2 Bulan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Runding Cara Baik, Tanpa Belakangkan Perlembagaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar