web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cadangan Cagar Wang Caruman KWSP Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 9:09AM

Gambar hiasan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan supaya pencarum dapat membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibangkitkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) bertanyakan Perdana Menteri mengenai justifikasi cadangan itu dan berapakah kadar faedah yang dikenakan kepada pencarum yang layak dipertimbangkan untuk skim berkenaan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Turut menarik perhatian, soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) kepada Perdana Menteri sama ada Lim Guan Eng (PH-Bagan) telah membatalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary dan sebab pembatalan dibuat sekiranya ada, ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan dari Mei 2018 hingga Feb 2020.

Dalam pada itu, Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) ingin tahu sama ada Kementerian Pendidikan boleh mempermudah urusan perolehan dan pembelian alat teknologi maklumat dan komunikasi  (ICT) oleh pihak sekolah seperti mesin cetak, komputer dan komputer riba pada sesi soal jawab lisan.

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) pula meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah kerajaan melalui kerjasama pelbagai kementerian bersedia untuk menjalankan ujian penghasilan bio bahan api daripada minyak kelapa sawit seperti yang telah mula dilakukan Indonesia.

Selesai sesi berkenaan, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Kesihatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad