web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Keliru! PKR Ada 2 Sistem Pemilihan Calon PRU-15 - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 10:29AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu akan menggunakan dua sistem untuk memilih calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, beliau mahu meredakan kekeliruan mengenai laman web baharu yang dilancarkan oleh timbalannya, Rafizi Ramli untuk menerima pencalonan, dan ia akan menjadi sebahagian daripada sistem dwi parti untuk memilih calon pilihan raya.

Bercakap kepada media selepas majlis makan malam mengumpul dana DAP di sini malam tadi, Anwar berkata, sistem pertama akan menjadi “amalan biasa” menerima pencalonan secara dalaman.

Katanya, kaedah lain menggunakan laman web adalah untuk menerima pencalonan daripada orang luar.

Tambah beliau, keutamaan akan diberikan kepada ahli PKR dan penyandang kerusi.

Bagaimanapun, katanya, pembukaan pencalonan kepada orang luar akan memberi ruang kepada mereka daripada masyarakat sivil, veteran parti, atau sesiapa sahaja yang ingin menyumbang kepada parti itu.

Beliau berkata, platform itu diperlukan untuk meyakinkan PKR bahawa mereka patut dipertimbangkan sebagai calon.

“Sudah tentu, dalam proses wajar kami mengutamakan ahli parti. Tetapi kami mahu membenarkan lebih banyak penyertaan atas nama demokrasi.

“Jadi, mungkin ada pihak luar boleh dipertimbangkan, terutamanya jika bahagian parti turut menyokong mereka,” katanya.

Bagi mengelak kekeliruan, Anwar berkata, orang luar yang dicalonkan juga perlu menjalani proses sama seperti senarai calon dalaman parti.

Ujarnya, calon luar juga haruslah diperakui oleh jawatankuasa pilihan raya bahagian, negeri dan pusat sambil menambah bahawa peranannya hanyalah untuk mengawasi proses itu. - The Vibes, 9 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 56 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad