web statsweb stats

Berita Terkini

39 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 40 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan Bantuan Awal Persekolahan, RMT Bantu Golongan B40 Dan M40

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 9:00AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM150 berbanding RM100 untuk semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa amat dialu-alukan terutama kepada golongan B40 dan M40.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Fouzi Singon bagaimanapun berkata ibu bapa perlu menggunakan bantuan itu sebaik mungkin untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka untuk belajar.

“Bantuan itu juga membantu penjaga untuk melaksanakan tanggungjawab dalam menyumbangkan kepada tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang digunakan untuk kecemerlangan dan aktiviti kokurikulum murid,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan agar peruntukan makan murid prasekolah perlu dikaji semula memandangkan peruntukan sedia ada sebanyak RM2 untuk dua kali makan, melibatkan waktu sarapan dan rehat, tidak memadai untuk mereka.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 mengumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) terus menerima peruntukan terbesar sebanyak RM55.6 bilion pada 2023 berbanding RM52.6 bilion tahun ini.

Katanya selain menaikkan BAP, peruntukan itu antara lain menaikkan kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung manakala RM4 berbanding RM3 sebelum ini bagi Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa bulan ini.

Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (MAGPIE) Mak Chee Kin berkata kenaikan RMT itu amat membantu, namun pengusaha kantin diharap tidak berfikir dari sudut keuntungan semata-mata dengan memberi makanan yang biasa.

Sebaliknya, beliau mencadangkan pengusaha kantin perlu memberi hidangan makanan yang terbaik, seperti sihat dan bernutrisi, memandangkan RMT adalah perniagaan tambahan mereka.

“… kerajaan boleh memberi mereka (pengusaha kantin) insentif tambahan seperti mengurangkan kadar sewa kantin dan memberi sijil penghargaan kepada mereka dalam satu majlis.

“Ini akan menggalak lebih pengusaha kantin untuk menambah baik makanan RMT,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

SPM 2025: GPN Bertambah Baik, Jumlah Calon Cemerlang Meningkat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar