web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023: KPT Terima Peruntukan RM15.1 Bilion, Termasuk Dana Pemerkasaan TVET

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 6:45PM

KPT menerima peruntukan dana lebih besar pada Bajet 2023 iaitu RM15.1 bilion berbanding RM14.5 bilion pada tahun sebelumnya. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Demi memastikan anak Keluarga Malaysia meneruskan pengajian hingga ke menara gading, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diperuntukkan dana lebih besar pada Bajet 2023, iaitu RM15.1 bilion, berbanding RM14.5 bilion pada tahun sebelumnya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM3.8 bilion daripada peruntukan itu disediakan sebagai biasiswa dan pinjaman untuk manfaat golongan berkenaan, susulan pencapaian pendidikan tinggi negara yang terus membanggakan di peringkat global.

Katanya, ia turut melibatkan kenaikan Elaun Sara Hidup bagi pelajar Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PETRONAS.

“Kadar Elaun Sara Hidup tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan sebanyak RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian, menjadikannya antara RM730 hingga lebih RM980 sebulan,” katanya ketika mengumumkan Bajet 2023 di Parlimen di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ dengan membawa agenda 3R, iaitu Responsif, Bertanggungjawab, Reformis, Bajet 2023 membabitkan jumlah dana terbesar, iaitu RM372.3 bilion, berbanding RM332.1 bilion tahun lalu.

Tengku Zafrul berkata, bajet itu turut memberi perhatian kepada kemudahan pendidikan buat anak Bumiputera.

Umumnya, pada tahun depan, sebahagian besar daripada peruntukan RM6.6 bilion yang disalurkan kepada MARA, Yayasan Peneraju dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah untuk menyediakan Bumiputera dengan akses pinjaman pendidikan, selain peluang mengikuti bidang profesional seperti kejuruteraan.

“Semasa Jelajah Bajet 2023, saya berpeluang melawat Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melihat sendiri usaha mereka memasang sistem solar fotovolta di 90 lokasi bagi membekalkan tenaga bersih di kampus universiti berkenaan.

“Maka, kerajaan menyediakan RM10 juta bagi menggalakkan universiti awam (UA) membudayakan inisiatif kampus hijau, manakala lebih RM300 juta juga disediakan bagi kerja menaik taraf dan menyelenggara kemudahan UA,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM35 juta bagi membolehkan Projek Malaysia Malaysia Research and Education Network (MYREN) di UA, politeknik dan kolej komuniti diteruskan bagi menaik taraf kapasiti jalur lebar, sekali gus menambah baik jaringan digital di gedung ilmu.

Pada masa sama katanya, sejumlah RM6.7 bilion disediakan di bawah tujuh kementerian utama melaksanakan pelbagai inisiatif bidang itu yang diterajui Majlis TVET, susulan sasaran kerajaan untuk 55 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menjelang 2025.

“Antara peruntukan itu adalah RM180 juta disediakan sebagai Dana Latihan TVET kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi menyediakan pinjaman untuk manfaat 12,000 pelatih yang mengikuti Program Persijilan Kemahiran Malaysia.

“Kerajaan juga akan meneruskan program Sistem Latihan Dual Nasional dengan peruntukan RM20 juta untuk manfaat 3,000 pelatih dan bercadang melanjutkan sehingga 2024 pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad