web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tun Daim Simpati Nasib Bekas Kakitangan Utusan Melayu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 9:07PM

Daim Zainuddin turut menyarankan AJK bertindak bagi bekas pekerja Utusan untuk meminta bantuan Perdana Menteri dalam menyelesaikan kemelut mereka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bersimpati terhadap nasib bekas kakitangan syarikat penerbitan akhbar Utusan Melayu (Kumpulan Utusan) yang masih menanti bayaran pampasan mereka.

Menurut beliau, bekas pekerja terbabit tidak sepatutnya digantung tidak bertali walaupun syarikat akhbar Melayu tertua itu sudah ditutup tiga tahun.

Dalam pertemuan selama 45 minit dengan lima bekas pekerja Utusan Melayu di pejabatnya di Menara Ilham di sini, hari ini, Daim menyatakan sokongan beliau terhadap perjuangan bekas kakitangan syarikat itu yang teraniaya.

“Kalau nak tutup syarikat tutuplah, bayarlah apa yang patut kepada pekerja,” katanya dalam pertemuan yang diketuai Yang Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM), Saifol Bakhtiar Hamik.

Daim yang memanggil pertemuan itu turut menasihati kumpulan gerakan perjuangan menuntut hak itu meminta ihsan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk campur tangan kerana diyakini boleh membantu bekas pekerja syarikat tersebut.

“Penutupan Utusan sememangnya satu peristiwa menyedihkan kerana ia satu entiti yang melambangkan perjuangan orang Melayu sejak zaman sebelum merdeka lagi,” katanya.

Pada Sabtu lalu, seramai 300 bekas pekerja Utusan Melayu mengadakan perjumpaan semula sempena memperingati ‘kematian’ syarikat akhbar Melayu tertua itu di hadapan bekas bangunan ibu pejabatnya di sini.

Perjumpaan itu mencatat sejarahnya tersendiri kerana dihadiri oleh wakil semua bekas kakitangan syarikat itu tanpa mengira pangkat dan status berhenti.

Perhimpunan yang julung kali diadakan itu turut menyaksikan pengagihan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Ahad ini genap tiga tahun Utusan Melayu ditutup dengan kaedah penggulungan sukarela, namun tiada sebarang pampasan diberikan kepada 1,524 bekas pekerja, sementara kumpulan yang mengambil skim pemberhentian sukarela (VSS) masih menanti baki sebahagian pampasan dijanjikan. - Getaran, 4 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Daim Didakwa Tidak Isytihar Harta Libatkan 38 Syarikat, 25 Unit Hartanah, Kereta Mewah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Daim Akan Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Isnin Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad