Berita Terkini

6 jam yang lalu: Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda akta pencen - Lukanisman 6 jam yang lalu: Kes VLN Zahid: pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei 6 jam yang lalu: Semua pihak disaran buat semakan ketepatan tarikh hijrah pada jam digital azan 6 jam yang lalu: Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka 6 jam yang lalu: Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

IKUTI KAMI


Bekas Petugas Utusan Melayu Rayu PM Campur Tangan Selesai Kes Pampasan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 6:10PM

Kira-kira 300 bekas petugas Utusan Melayu merayu Ismail Sabri campur tangan bagi membantu menyelesaikan pembayaran pampasan dengan segera di bekas bangunan pejabat Utusan, di Jalan Utusan off Jalan Chan Sow Lin, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga ratus bekas petugas Utusan Melayu (Kumpulan Utusan) merayu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar masalah melibatkan pembayaran pampasan ke atas mereka dapat diselesaikan pada kadar segera.

Pengerusi penganjur Perjumpaan Semula Alumni Staf Utusan Melayu, Saifol Bakhtiar Hamik berkata, kumpulan berkenaan terdiri daripada pekerja yang diberhentikan, peserta skim pemberhentian sukarela (VSS) dan bekas ahli Kesatuan Wartawan Kebangsaan Utusan Melayu (NUJ-UM).

Menurut beliau, bekas majikan dan penyelesai hutang sementara, UHY Advisory Sdn Bhd (UHY) masih melengah-lengahkan proses pembayaran, sedangkan ia sepatutnya sudah lama diselesaikan.

“Saya dimaklumkan kebanyakan aset Kumpulan Utusan sudah pun dijual termasuk bangunan Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Utusan, malah papan tanda akhbar Melayu terulung itu juga sudah diturunkan.

“Jadi kami merayu sangat-sangat kepada Perdana Menteri untuk campur tangan dalam hal pampasan yang sepatutnya dilunaskan oleh bekas majikan dan juga UHY sebaik Kumpulan Utusan ditutup pada Oktober 2019,” katanya kepada media selepas perhimpunan Perjumpaan Semula Bekas Staf Utusan di sini hari ini.

Perjumpaan tersebut diadakan bagi memperingati ‘kematian’ akhbar Melayu terulung itu, selepas tidak lagi mampu menjelaskan segala tunggakan hutang.

Perjumpaan yang pertama kali dianjurkan itu juga merupakan usaha solidariti antara bekas petugas Kumpulan Utusan tanpa mengira pangkat atau status berhenti.

Perhimpunan tersebut turut menyaksikan pengagihan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifol Bakhtiar berkata, Perdana Menteri pada April lalu berjaya menyelesaikan masalah pampasan 709 petugas Perwaja Steel, melibatkan jumlah RM8.6 juta.

“Atas faktor ini, kami yakin Perdana Menteri boleh menyelesaikan isu menyelubungi bekas pekerja Kumpulan Utusan dengan baik,” katanya.

Jelas beliau, pihak UHY seharusnya menyegerakan bayaran yang layak diterima bekas pekerja mengikut undang-undang, termasuk tunggakan baki penerima skim VSS.

“Genap tiga tahun Utusan Melayu ditutup, namun sehingga kini hak kami masih tidak dihiraukan sehingga ada bekas pekerja yang diberhentikan meninggal dunia tanpa menerima pembelaan sewajarnya,” katanya.

Saifol Bakhtiar turut mendesak bekas pemegang saham terbesar Kumpulan Utusan iaitu UMNO untuk membela dan memperjuangkan hak bekas petugas Utusan Melayu.

Katanya, UMNO saban hari lantang memperjuangkan hak bangsa Melayu tetapi memilih untuk mengabaikan Kumpulan Utusan yang 95 peratus petugasnya berbangsa Melayu.

“Mereka telah bertahun-tahun ‘mempergunakan’ Utusan Melayu sebagai lidah rasmi UMNO dan kerajaan pada masa itu tapi ketika petugas Utusan Melayu diabaikan, mereka hilang dan membiarkan kami tidak terbela,” tegasnya.

UMNO jelas beliau, harus mengingati jasa bekas petugas Utusan dan membantu memperjuangkan hak mereka yang sekian lama terabai.

“Jawatankuasa kuasa penaja perhimpunan yang baru dilantik akan menghantar satu memorandum mengenai hasrat bekas pekerja kepada Perdana Menteri dan kepada UHY dalam masa terdekat,” katanya. - Getaran, 1 Oktober 2022

Sorotan

1

PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

2

Polis Kenal Pasti Pengirim Bungkusan Kepada PM, Rafizi

3

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

Semasa 1 hari yang lalu

Isteri Musa Hassan Fail Cerai Kerana Shiqaq

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kuasa Ekonomi China Jadi Keutamaan Malaysia - Anwar

oleh Khaw Chia Hui

Semasa 12 jam yang lalu

Wan Fayhsal Hantar Usul Tergempar, Gesa Bahas Pengeluaran KWSP Bersasar 

oleh Susan Albert