web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terdapat Kesan Lebam Seluruh Badan Kanak-Kanak Maut Didera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 7:31PM

Kamarul Zaman berkata dua anak kepada jurujual kenderaan berusia 28 tahun itu juga didapati berada di tempat kejadian ketika penderaan itu berlaku. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan terdapat kesan penderaan pada tubuh badan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang maut di sebuah rumah di Jalan Ria 2 Taman Skudai, di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata terdapat kesan lebam di keseluruhan tubuh badan mangsa menerusi laporan awal bedah siasat yang diterima.

“Laporan penuh bedah siasat makmal forensik belum diperolehi, bagaimanapun memang terdapat kesan akibat penderaan dilakukan terhadap mangsa.

“Kesan penderaan itu di keseluruhan badan dari atas sampai ke bawah seperti lebam-lebam dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasil laporan bedah siasat kanak-kanak itu.

Kamarul Zaman berkata dua anak kepada jurujual kenderaan berusia 28 tahun itu juga didapati berada di tempat kejadian ketika penderaan itu berlaku.

Beliau berkata dua kanak-kanak berusia tujuh dan lima tahun itu juga telah dipanggil ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) dan kedua-duanya mengakui melihat penderaan itu dilakukan bapa mereka terhadap mangsa.

“Kita telah bawa ke CIC dan positif kes ini ada unsur-unsur penderaan ... dua kanak-kanak itu juga beritahu ada nampak bapa (suspek) dia lakukan penderaan kepada mangsa,” katanya.

Sementara itu Kamarul Zaman berkata pihaknya juga akan menyiasat dakwaan ahli keluarga mangsa bahawa adik lelaki mangsa yang berusia satu tahun turut didera dan menjelaskan akan memanggil ibu bapa mangsa untuk diambil keterangan.

“Kita akan ambil tindakan dan akan bawa kanak-kanak itu ke CIC untuk dapatkan maklumat,” katanya.

Semalam, Kamarul Zaman dilapor berkata lelaki terbabit yang merupakan rakan kepada bapa mangsa dan pembantu rumah berusia 40 tahun ditahan selepas disyaki mendera kanak-kanak itu sehingga maut pada dua hari lepas.

Beliau berkata bapa mangsa meminta bantuan daripada lelaki itu untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas.

Terdahulu, jawatan Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu kini diambil alih Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), M Kumar dengan memangku pangkat DCP.

Datuk Khaw Kok Chin yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Johor semenjak 6 Mei 2020, kini memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman dengan memangku pangkat CP. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad