web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


EAIC Kemuka Syor Tambah Baik Fasiliti Agensi Penguat Kuasa Di KLIA

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 3:52PM

Tan Sri Zainun Ali (kanan) ketika mengadakan lawatan ke empat Agensi Penguatkuasaan di KLIA hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk menambah baik fasiliti Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terutamanya di pejabat operasi, kata Pesuruhjaya EAIC Tan Sri Mahmood Adam.

Ia adalah hasil lawatan EAIC ke KLIA hari ini bagi meninjau operasi harian agensi penguatkuasaan iaitu Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan (KKM) serta kekangan yang dihadapi mereka di lapangan terbang antarabangsa itu.

Bercakap dalam sidang media selepas tinjauan tersebut, Mahmood berkata antara syor penambahbaikan fasiliti Imigresen adalah untuk menambah bilangan kaunter di pejabat operasi.

Menurutnya, pejabat operasi itu pada masa ini mempunyai empat kaunter dengan kemampuan menguruskan 30 pelawat asing sahaja pada satu-satu masa, dan ia akan menjadi sesak selain berlaku kelewatan urusan terutamanya pada hari Jumaat.

Dalam pada itu, Mahmood berkata antara maklum balas yang diterima untuk KKM adalah mengenai kekurangan staf iaitu mereka hanya mempunyai 200 kakitangan.

“Bilangan kecil inilah yang mengendalikan urusan saringan COVID-19 setiap kali pelawat tiba di pintu masuk negara, dan cadangan akan dibuat untuk menambah bilangan staf,” katanya.

Mahmood berkata syor berkaitan akan dibincangkan dalam mesyuarat EAIC dalam masa terdekat dan sesi libat urus akan turut diadakan dengan agensi terlibat bagi tindakan seterusnya sebelum dibawa kepada kerajaan.

Berdasarkan pemerhatian EAIC, katanya tatacara pengurusan operasi agensi penguatkuasaan di KLIA itu adalah teratur dan sistematik termasuk tatacara pemeriksaan saringan kesihatan, pemeriksaan pasport imigresen, kawalan pemeriksaan kastam dan operasi pemantauan cawangan khas polis.

Mengenai aduan melibatkan agensi penguatkuasaan di KLIA, Mahmood berkata EAIC mencatatkan 18 aduan sahaja sejak 2015 dan kesemua aduan telah diselesaikan.

“EAIC juga berharap agar agensi penguatkuasaan seliaan memberi kerjasama baik dengan kami bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Penguat kuasa juga diingatkan agar tidak sesekali berkompromi terhadap sebarang salah laku,” katanya.

Lawatan kira-kira sejam itu turut disertai Timbalan Pengerusi EAIC Tan Sri Datuk Zainun Ali, Pesuruhjaya EAIC Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan wakil agensi penguatkuasaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 17 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran