web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Kemuka Usul Parlimen Bincang Isu Harga Barang, Kejatuhan Mata Wang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 11:44AM

Anwar Ibrahim sudah mengemukakan usul, bagi memohon sidang Parlimen membincangkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan teruk mata wang negara. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengemukakan usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, bagi memohon sidang Parlimen membincangkan permasalahan ekonomi yang melibatkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan teruk mata wang negara.

Usul itu dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“(Ia) Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini, membincangkan permasalahan ekonomi melibatkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan parah mata wang negara yang sudah menjejaskan kehidupan rakyat, (malah) isu ini teramat memberi kesan kepada rakyat serta negara.

“Perkara ini perlu disegerakan kerana kenaikan harga barang yang mendadak dan kejatuhan nilai mata wang negara terkini memberi kesan terus kepada rakyat, baik secara jangka pendek dan jangka panjang. Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada Selasa lalu, Anwar memaklumkan beliau sudah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, agar mengambil tindakan segera bagi menangani krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan teruk mata wang negara.

“Justeru itu, saya mencadangkan sama ada kerajaan untuk membawa usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku Ketua Pembangkang bagi mengemukakannya.

“Saya turut mencadangkan agar permasalahan ini diberi keutamaan untuk dibahas dalam minggu pertama sidang Parlimen yang akan bermula 3 Oktober depan,” katanya.

Isu kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara terus mendapat perhatian masyarakat ketika ini dengan pelbagai pihak mengetengahkan kebimbangan masing-masing.

Terdapat pakar ekonomi berpendapat, kenaikan harga barang dijangka berlaku susulan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat kali ketiga dalam tempoh setahun.

Kenaikan harga tersebut melibatkan barangan tertentu, seperti makanan dan perkhidmatan.

Selain itu, media baru-baru ini melaporkan, ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada paras terendah pernah dicatatkan semasa krisis kewangan Asia 1998.

Ia mengakibatkan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat itu ekoran prospek ekonomi global tidak menentu. – Getaran, 30 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad