web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM2.23 Bilion Dimasukkan Ke Akaun Najib Oleh Syarikat Berkaitan Jho Low, Putra Faisal - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 7:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa RM2.23 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak dari 2011 hingga 2013 oleh tiga pihak, termasuk dua syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank Yap Wai Keat, 57, berkata kedua-dua syarikat itu, Blackstone Asia Real Estate Partners dan Tanore Finance Corp, telah mendepositkan RM2.2 bilion ke dalam akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan nombor 694, melalui 11 transaksi pada tahun 2012 dan 2013.

Beliau berkata selain syarikat itu, Najib turut menerima RM60.6 juta daripada Putera Faisal Bin Turki Bandar Al Saud melalui dua transaksi pada Februari dan Jun 2011.

Saksi pendakwaan ke-38 itu berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram Najib membabitkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wai Keat yang terlibat dalam sebut harga kadar pertukaran asing bagi kiriman wang masuk atau keluar pada ketika itu, berkata beliau telah diarahkan oleh pengurus perhubungan AmBank yang mengendali akaun Najib, Joanna Yu Ging Ping untuk membantu dalam perkara berkaitan pertukaran asing di bawah Bahagian Pasaran untuk akaun tersebut.

“Maklumat mengenai wang masuk ini telah disampaikan oleh Bahagian Kiriman Wang kepada saya dan pengurus perhubungan Najib iaitu Joanna Yu bagi membolehkannya memaklumkan kepada pelanggan bahawa terdapat wang masuk ke dalam akaun Najib.

“Joanna Yu mengarahkan saya supaya melaksanakan penukaran wang daripada dolar AS kepada ringgit selepas dia mendapat kelulusan daripada pelanggan (Najib). Selepas itu, jabatan saya melakukan apa yang perlu dengan memasukkan data yang berkaitan ke dalam sistem yang dipanggil MUREX di mana penukaran dilakukan mengikut kadar yang dipersetujui seperti dalam kontrak.

“Kemudian, pihak saya menghubungi Bahagian Kiriman Wang dan memaklumkan nombor kontrak dan kadar pertukaran. Berkenaan dengan transaksi ini, jabatan saya bertindak mengikut arahan oleh Joanna Yu kepada saya selepas dia menerima arahan daripada pelanggan,” jelasnya.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB funds dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar