web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perbicaraan Bersambung, Ebit Lew Tiba Di Mahkamah Berbaju Merah Marun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 12:37PM

Ebit tiba di perkarangan Mahkamah Majistret di sini pada jam 10.15 pagi tadi. - Gambar dari Ebit Lew

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di perkarangan Mahkamah Majistret di sini pada jam 10.15 pagi tadi dengan berbaju merah hati dan berseluar hitam, lapor Sinar Harian.

Kes perbicaraan Ebit Lew, 37, atau nama sebenarnya Irawan Ibrahim bersambung semula hari ini selepas ditangguhkan pada jam 4.30 petang semalam.

Perbicaraan hari pertama yang berlangsung semalam menampilkan saksi pendakwaan yang pertama iaitu seorang konsultan atau penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu, 37.

Perbicaraan yang berlangsung selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit pula diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye.

Dalam perbicaraan semalam, individu yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew enggan membuat laporan polis pada peringkat awal kerana menganggap dirinya hanya ‘orang kecil’, manakala tertuduh pula adalah ‘orang besar’.

Saksi pertama pendakwaan, Mohd Fairuz berkata, dia sebelum ini juga menerima puluhan mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual termasuk yang dilakukan tertuduh.

“Salah seorang individu yang hubungi saya adalah (identiti pengadu tidak boleh didedahkan) pada 11.04 malam 26 Julai 2021, ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew tetapi mereka tidak meletakkan nama mereka kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.

“Pada awalnya (pengadu) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam ‘posting’ (hantaran di Facebook), bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau ... juga menghantar gambar (lucah) yang diberikan oleh Ebit Lew melalui WhatsApp,” katanya.

Fairuz berkata, dia kemudian menasihatkan pengadu supaya membuat laporan polis, namun takut kerana menganggap dirinya hanya ‘orang kecil’ dan Ebit Lew sebagai ‘orang besar’.

Ebit Lew menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke telefon bimbit mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Analisis Pemacu Pena Dipercayai Mengandungi Bahan Lucah Ambil Masa 2 Hari

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Kevin Spacey Tiba Di Mahkamah London Bagi Perbicaraan Kesalahan Seksual

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kumpulan Whatsapp Mengandungi Gambar, Video Berunsur Lucah Ditemukan Dalam Telefon Bimbit - Saksi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

936 Gambar Tangkap Layar Sejarah Layari Laman Sesawang Lucah Dalam Telefon Bimbit - Saksi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad