web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Didakwa Mangsa Kes Gangguan Seksual Ebit Lew Buat Laporan Polis Di Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 8:00PM

Ebit Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Seorang pakar motivasi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memutuskan untuk membuat laporan polis di Bukit Aman.

Mohd Fairuz Abu, 37, berkata wanita itu tidak mahu membuat laporan polis di tempat kejadian iaitu di Tenom kerana khuatir identiti beliau diketahui saudara-mara dan kenalannya.

"Wanita berkenaan memberitahu saya di Tenom ramai yang boleh tahu beliau membuat laporan polis. Laporan di Bukit Aman bertujuan untuk menjaga keselamatan beliau," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Kamarudin Mohmad Chinki.

Menjawab soalan peguam Ram Singh, saksi pendakwaan pertama itu berkata beliau adalah pengikut tertuduh di media sosial namun tidak lagi selepas kes tersebut.

Ram Singh: Saya katakan kepada awak bahawa awak telah memutuskan pada 26 Julai 2021 untuk tidak lagi menjadi pengikutnya kerana awak berhasrat menularkan isu dalam kes Tenom.

Mohd Fairuz: Tidak setuju.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi Whatsapp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pendakwah selebriti itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Analisis Pemacu Pena Dipercayai Mengandungi Bahan Lucah Ambil Masa 2 Hari

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Kevin Spacey Tiba Di Mahkamah London Bagi Perbicaraan Kesalahan Seksual

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kumpulan Whatsapp Mengandungi Gambar, Video Berunsur Lucah Ditemukan Dalam Telefon Bimbit - Saksi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

936 Gambar Tangkap Layar Sejarah Layari Laman Sesawang Lucah Dalam Telefon Bimbit - Saksi

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar