web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekurangan Bekalan Telur Ayam Bersifat Sementara - KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 3:49PM

Kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan di seluruh negara baru-baru ini hanya bersifat sementara dan berjaya diselesaikan dalam waktu yang singkat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan di seluruh negara baru-baru ini hanya bersifat sementara dan berjaya diselesaikan dalam waktu yang singkat.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof berkata masalah teknikal seperti penghantaran lambat dan pesanan tidak dibuat mengikut waktu sepatutnya, dikenal pasti menjadi punca masalah tersebut.

"Memang baru-baru ini ada kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan seperti Langkawi, Hulu Terengganu dan Jerantut, tetapi penguat kuasa kita segera turun menyiasat selepas mendapat maklumat.

"Masalah yang berlaku berjaya diselesaikan dengan cepat hasil kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Contohnya, jika aduan kehabisan telur pada sebelah pagi, sebelah petang dah ada bekalan balik, tidak berlaku dalam tempoh yang panjang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di Seberang Takir di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia.

Sementara itu, Azman berkata pelaksanaan PJMKM di 2,000 lokasi seluruh negara berjaya memberi manfaat kepada 3.4 juta rakyat berpendapatan rendah.

Menurutnya program itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat.

"Setakat 31 Julai lepas rekod jualan seluruh negara ialah RM63 juta, manakala di Terengganu sahaja setakat 18 Sept lepas adalah RM2.5 juta.

"Saya juga difahamkan di Terengganu setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diperuntukkan RM25,000 sebulan untuk pelaksanaan PJMKM dua kali sebulan bagi tempoh 15 Ogos hingga Disember depan," katanya. - Bernama       

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengimport Telur Ayam Tak Terima Subsidi, Dana Kerajaan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Harga Ayam Telur Diapungkan, Penternak Pengguna Beri Reaksi Berbeza

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kekurangan Meruncing Telur Ayam Mampu ‘Runtuhkan’ Industri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tolak Syor Apung Harga Telur, Import

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad