Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harga Ayam Telur Diapungkan, Penternak Pengguna Beri Reaksi Berbeza

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 7:00AM

Keputusan MAFS mengapungkan harga ayam dan telur pada Jun hadapan mendapat reaksi berbeza dalam kalangan persatuan penternak dan pengguna. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mahu mengapungkan harga ayam dan telur pada Jun hadapan mendapat reaksi berbeza dalam kalangan persatuan penternak dan pengguna.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, cadangan itu dilihat mampu menjadikan bahan mentah terbabit lebih stabil, sekali gus mengimbangi kemampuan pengguna dan pembeli serta penternak itu sendiri.

“Kalau diapungkan kita setuju berikutan sekiranya kos meningkat, harga ayam dan telur juga akan naik. Justeru, kalau ia dilaksanakan, penternak mampu menjual harga yang boleh menampung kos kita kita yang semakin meningkat.

“Harga anak ayam sekarang pun telah meningkat kira-kira RM3.20 seekor berbanding RM2.50 pada Julai tahun lepas. Justeru, kalau harga ayam masih dijual (mengikut harga siling), penternak tak mampu bertahan dan boleh bungkus,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Menurut Jeffrey, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menyelesaikan pembayaran subsidi harga ayam berikutan masih ada penternak tidak menerima inisiatif itu sejak November, tahun lepas.

Beliau berkata, pelbagai kesukaran untuk menuntut subsidi itu menyebabkan penternak tempatan berdepan masalah membabitkan isu kos dan gaji sehingga mengganggu aliran tunai.

“Memang subsidi dibuka dari bulan Januari sampai Jun tetapi sistem untuk memohon masih belum dibuka dan masih ada lagi penternak yang belum terima subsidi sejak bulan 11 (November). Ini merupakan persoalan tidak adil kerana harga masih dikawal tetapi kita perlu menanggung kos yang tinggi.

“Bagaimana kita mahu menjual ayam dan menyertai inisiatif dianjurkan kerajaan sekiranya keuntungan kami tidak diperoleh semula, sekali gus menyukarkan penternak membayar pelbagai kos khususnya gaji pekerja. Inilah realiti kesusahan kita sekarang, khususnya penternak kecil bingung bagaimana untuk mereka bertahan,” keluhnya.

Jelas Jeffrey, kerajaan baharu diharapkan dapat membantu walaupun pihaknya memahami perancangan sebenar masih belum dibentangkan.

“Kemungkinan juga tiada cukup kewangan untuk kami namun kita penternak bukan mangsa untuk kami menjaga kebajikan pengguna. Itu adalah perkara tidak betul,” katanya.

Kelmarin, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi.

Beliau berkata, harga ayam dan telur diapungkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat menilai serta mengawal harga barangan itu sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit semasa.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, tiada keperluan untuk kerajaan melaksanakan pengapungan harga ayam dan telur seperti yang pernah dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu.

Menurut beliau, MAFS seharusnya memahami masalah sebenar isu dihadapi oleh penternak dan perlu memastikan agar rantai bekalan itu tidak terganggu, sama ada dari segi barangan import untuk ternakan ayam.

“Saya tidak faham kenapa kerajaan buat pengumuman Jun baru nak diapungkan. Ada empat bulan lagi, jadi tiada sebarang alasan atau justifikasi terhadap orang awam mengapa perkara itu dilaksanakan. Seharusnya diperincikan agar pelbagai pihak tahu kelemahan dari kerajaan dan boleh dilakukan penambahbaikan.

“Kerajaan punya tanggungjawab memastikan bahan bagi menghasilkan telur ayam ini dalam jangkauan penternak di samping memikirkan bantuan seperti pembangunan membina fasiliti reban ayam atau jaminan tarik elektrik kepada mereka kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada kaedah untuk kurangkan kos,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Ma’amor berkata, harga ayam dan telur dapat distabilkan sekiranya agenda keselamatan makanan negara  menjadi keutamaan kepada semua pemegang taruh dan kerajaan.

“Secara umum ayam dan telur adalah keperluan asas rakyat Malaysia tetapi kena boleh jadi isu. Lantaran itu, perkara terbabit perlu diteliti dikaji secara terperinci dengan kerajaan bersama-sama pemegang taruh bincang dan lakukannya, bukan hanya pandai bercakap untuk faedah politik (political mileage).

“Buktikanlah ahli politik boleh melakukan kerja berdasarkan kajian, penelitian serta maklumat daripada penternak untuk menyelesaikan isu menstabilkan bekalan ayam dan telur agar boleh meningkatkan pendapatan golongan itu serta masyarakat,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Gred Tunggal Beras Putih: Kerajaan Belum Buat Keputusan - Menteri

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 3 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu