Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kekurangan Meruncing Telur Ayam Mampu ‘Runtuhkan’ Industri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 11:16AM

Masalah bekalan telur ayam tercetus lagi sejak beberapa hari lalu yang menyebabkan pelbagi pihak mempersoalkan apakah punca di sebaliknya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Isu telur ayam tidak mencukupi di pasaran bukan perkara baharu, malah sering diperdebatkan pengguna, peniaga dan penternak.

Kini, masalah itu tercetus lagi sejak beberapa hari lalu yang menyebabkan pelbagi pihak mempersoalkan apakah punca di sebaliknya.

Menurut Pengarah Urusan ArisProp Holding Sdn Bhd, Datuk Haris Embong, iaitu penggiat bidang penternakan, punca isu terbabit bermula apabila penternak atau pengusaha industri berkenaan tidak dapat menampung kos dengan harga jualan ditetapkan di pasaran.

“Sebab utama ialah mereka tak boleh tampung kos pengeluaran berbanding dengan harga (siling) ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan sesetengah pengusaha kecil terpaksa gulung tikar, terutama apabila tidak menerima subsidi.

“Pada asasnya pembekal telur ayam sudah berkurang kerana rata-rata pengeluar telur ayam kecil-kecilan menghentikan operasi mereka, manakala penggiat industri besar mengurangkan pengeluaran.

“Jika pengeluaran dalam skala 10, permintaan telur ayam skalanya sembilan, bermaksud mereka boleh tampung permintaan.

“Tapi sekiranya pengeluaran sudah dikurang skala sehingga lima atau enam, jadi stok tidak mencukupi.

“Tidak dinafikan, di Malaysia ada sesetengah penternak tidak mempunyai lesen, jadi mereka terkecuali daripada mendapat subsidi. Dalam hal ini, ia menjadikan mereka terpaksa tutup (ladang),” katanya.

Pada masa sama, Haris melahirkan kerisauan berhubung kesan dihadapi pengguna, penggiat perniagaan dan negara, jika isu terbabit gagal dibendung.

Malah, katanya, apa paling dibimbangkan adalah industri pedaging termasuk telur ayam akan ‘runtuh’.

Justeru, beliau mengharapkan kerajaan baharu ‘turun padang’ mendengar keluhan penternak, menyelidik punca dan mencari penyelesaikan terbaik untuk isu terbabit.

“Industri penternakan pedaging (ayam) ini jika tak ambil tindakan dari sekarang, memang akan matilah (runtuh) industri ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Haris menjangkakan masalah itu boleh diselesaikan selepas suku tahun depan dengan menstabilkan harga dan permintaan telur, jika kerajaan prihatin dan mengambil tindakan segera untuk menanganinya.

“Ia mengambil masa lebih kurang tiga hingga empat bulan untuk menstabilkan semula harga telur di pasaran,” katanya.

Selain itu, beliau berharap kementerian akan ditubuhkan untuk memperkasa dan menangani isu pengguna, akan mencari mekanisma terbaik dalam menampung harga, meletakkan harga siling serta melihat jumlah permintaan dan pengeluaran untuk menstabilkan harga telur ayam.

“Semua penternak, mereka semua nak harga diapungkan pihak kerajaan,” ujarnya.

Memberi pandangan senada adalah Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman yang mencadangkan agar kerajaan berunding dengan pihak penternak untuk mendapatkan satu ketetapan harga.

Jelasnya, mungkin satu daripada strategi penternak itu adalah supaya kerajaan menetapkan harga telur ayam lebih ‘logik’ yang boleh memuaskan hati semua pihak, termasuk penternak.

Mohd Yusof berkata, pengguna yang memerlukan bekalan telur ayam diharap bersabar sehingga Kabinet baharu dibentuk dan isu terbabit diselesaikan Menteri dilantik.

“Kita berharap perkara ini, menjadi antara isu ditangani secara komited Menteri bertanggungjawab untuk cuba mengatasi secara menyeluruh supaya ia tidak berpanjangan,” katanya.

Terdahulu, sebilangan peniaga, sama ada pengusaha kedai runcit dan premis makanan merungut apabila bekalan telur ayam di pasaran mengalami kekurangan stok yang berlarutan sejak lebih sebulan lalu.

Malah, bekalan telur ayam masih meruncing itu, memaksa beberapa pemborong mencatu jualan bagi membolehkan pengguna tidak terputus bekalan. - Getaran 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Hospital Di Semenanjung Gaza Pada Tahap Kritikal - WHO

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan Beras Cukup, Rakyat Tidak Perlu Buat Pembelian Panik - LPP

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Krisis Beras: Bekalan Beras Putih Dijangka Stabil Sebulan Lagi - Mohamad

4

Politik 8 bulan yang lalu

PRN: Lebih 2,500 Kakitangan TNB Pastikan Bekalan Elektrik Stabil Sabtu ini 

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Pendidikan 1 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Semasa 18 jam yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat